Filem Backstage Sebuah Eksplorasi Perhubungan Kekeluargaan Yang Memikat!
top of page
  • Gujak

Filem Backstage Sebuah Eksplorasi Perhubungan Kekeluargaan Yang Memikat!

Penerbit Astro Shaw kembali merancakkan industri perfileman tanah air dengan kemunculan filem pertama di tahun 2022 menerusi drama kekeluargaan, BACKSTAGE! Istimewanya, filem ini adalah hasil kolaborasi strategik julung kali bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta membabitkan perusahaan teknologi, Endeavor Content; dan informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia. Buat peminat dan penggemar filem, Backstage bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 20 Januari ini.

Backstage
Filem Backstage menyatukan Vanesha Prescilla dan Sissy Prescillia dalam sebuah eksplorasi perhubungan kekeluargaan yang memikat.

Menariknya, Backstage mempertaruhkan gandingan adik-beradik terkenal Indonesia iaitu pelakon dari filem drama romantik no 1 terlaris di Indonesia, Dilan 1990, Vanesha Prescilla dan filem popular Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Prescillia. Mereka berdua juga mendapat kepercayaan untuk menyanyikan lagu-lagu di dalam filem. Lagu ‘Melangkah’ menjadi lagu tema utama filem dan ia hasil kolaborasi antara Vanesha, Sissy dengan komposer ternama Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Monty Tiwa. Selain lagu ‘Melangkah, lagu lain yang turut menghiasi filem adalah ‘Apa Adanya’, ‘Aku Takkan Berhenti’, ‘Seberapa Pantas’, ‘Terbaik Untukmu’, ‘I Remember’, ‘Bagaikan Langit’.

Selain itu, filem arahan pengarah Guntur Soeharjanto ini turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. Backstage telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 30 Disember 2021 sehingga kini.



SINOPSIS

Filem Backstage mengisahkan tentang adik beradik Elsa & Sandra yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai impian mereka untuk membahagiakan dirinya,kakaknya dan satu satunya ibunya .Elsa yang ingin menjadi bintang filem bertukar arah ketika dia memasuki ujibakat sebagai penyanyi tetapi menggunakan suara kakaknya Sandra.Setelah meraih perhatian ramai peminat di pelusuk Indonesia, Elsa & Sandra diuji dengan dugaan dalam perhubungan adik beradik yang memancarkan bibit-bibit emosi dan menyentuh perasaan.


REBIU

Backstage / Belakang Pentas bagi Sandra untuk membantu adiknya Elsa ,menggunakan suaranya dan Elsa berlakon sebagai penyanyi diatas pentas.Gambaran ini pengorbanan paling besar Sandra untuk adiknya ,ingin melihat Elsa bahagia dan terus cemerlang di dalam kariernya.


Tersasar pula kehidupan Sandra ketika adiknya perlahan perlahan berubah membuatkan dia berasa dirinya seolah olah hidup didalam lingkungkan yang seakan -seakan tidak mengenalinya.Taruhan Backstage dalam mempersembahkan dua pelakon hebat ini terasa amat kuat disini, gabungan Sissy & Vanesha sangat memukau dan lakonannya untuk membawa karakter masing masing sangat dinamik.


Terasa cukup puas mereka berdua mengeksplorasi karakter mereka dan terus membiarkan perhubungan itu digambarkan dengan cukup indah.


Dari segi plot filem ini terlihat sedikit sederhana kerana mungkin kurang baik dari segi pengolahan skrip dan juga pengarahan fiem oleh sang pengarah,meninggalkan beberapa plot hole yang merimaskan & juga karakter karakternya ada yang kurang dibangunkan dalam proses pembangunan karakternya.


Tidak hanya itu, konflik yang diciptakan tidak cukup kuat dan bagaimana penyelesaian konfliknya terasa terlalu memaksa jadi mungkin adalah antara faktor-faktor kenapa Backstage sebuah filem muzikal melodrama yang GAH kelihatan sederhana.Tidak dinafikan bahawa para pelakon didalam filem ini agak baik termasuk Verdi Solaiman & Karina Kuswandi.



Set shootingnya, pakaiannya , colour grading dan sinematografi dalam filem Backstage jela terlihat sangat mahal.Tetapi Backstage mempunyai kekuatan lakonan pelakonnya dan juga beberapa adegan muzikal yang menarik perhatian.


Backstage sebuah filem muzikal melodrama yang menarik untuk ditonton kepada anda yang ada adik beradik ibu ayah dan saudara mara yang menggemari drama dalam sebuah perhubungan keluarga dan juga muzikal.Terdapat juga lagu-lagu dari Sheila ON 7 yang memgimbas balik kenangan nostalgianya lagu tersebut.Backstage akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula esok!


bottom of page