Formulasi Organik Dalam ThorX Hasilkan Solusi Atasi Masalah PE
top of page
  • Writer's pictureMYB

Formulasi Organik Dalam ThorX Hasilkan Solusi Atasi Masalah PE

Di Malaysia, berdasarkan kajian dianggarkan sebanyak 47% dari lelaki berumur 18 tahun ke atas mempunyai masalah ejakulasi pramatang atau lebih popular dikenali sebagai premature ejaculation (PE). Ejakulasi pramatang merujuk kepada situasi di mana seseorang lelaki mengalami proses ejakulasi lebih cepat daripada apa yang lelaki dan pasangan mahu. Proses ejakulasi tersebut terjadi kurang daripada 2 minit selepas ereksi.


Faktor psikologi dan fisiologi seringkali dikaitkan sebagai penyumbang kepada masalah ini. Faktor psikologi menjurus kepada faktor kesihatan mental meliputi masalah berkaitan 'stress' , trauma, keresahan dan kecelaruan mengenai prestasi seksual sendiri.


Manakala faktor fisiologi menjurus kepada faktor dalaman seperti masalah berkaitan sistem saraf, paras hormon yang tidak seimbang, kondisi sistem ejakulatori yang tidak normal, penyakit diabetik, masalah sistem vaskular, kesan pengambilan ubat-ubatan serta dadah yang dipreskripsi oleh doktor.



Bersandarkan kepada kajian dan pembangungan (R&D) yang dijalankan selama beberapa tahun oleh Branz Marketing Sdn Bhd, terhasillah produk ThorX yang dicipta khusus untuk lelaki. Produk ThorX yang berasaskan ‘Maca Extract Supplement’ dirumus khas untuk membantu kesihatan lelaki bagi menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga.


ThorX merupakan makanan kesihatan tambahan yang menggunakan 100 peratus bahan organik berkualiti tinggi tanpa kesan sampingan. Bahan lain yang terdapat dalam ThorX adalah ekstrak buah Tunjuk Langit dan ekstrak Tongkat Ali.


Di samping meningkatkan tahap kesihatan, produk ini juga membantu meningkatkan stamina, ketahanan, keperkasaan, dan keyakinan di bilik tidur.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Branz Marketing Sdn Bhd, Evi Nur Afifah, Maca atau nama saintifiknya Lepidium Meyenii turut dikenali sebagai Peruvian Ginseng yang tumbuh di Banjaran Andes di Peru. Maca yang diproses sebagai makanan tambahan membantu meningkatkan kualiti kesihatan lelaki dan wanita.


Evi Nur Afifah berkata, Maca turut mengandungi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, serat, zat besi, kalsium dan zink. Antara kebaikan Maca ia melegakan simptom menapous untuk wanita dan kepada para lelaki pula ia meningkatkan kesuburan mereka.


“Khasiat Maca yang lain dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang membakar dan merosakkan kulit.


“Berita baik untuk kaum lelaki, menurut kajian ekstrak maca boleh mengurangkan saiz kalenjar prostat yang lazim berlaku kepada lelaki yang sudah berusia selain membantu mengurangkan kemurungan atau keresahan, antara masalah kesihatan yang banyak dihadapi penduduk di negara ini sekarang disebabkan bebanan hidup dan sebagainya.


“Kepada pelajar pula Maca dapat meningkatkan kecerdasan memori dan pembelajaran serta sangat bagus untuk mereka yang mengalami penyakit Alzheimer,” katanya.


Jelas Evi Nur Afifah lagi, secara umumnya Maca adalah selamat untuk dimakan atau digunakan untuk lelaki dan wanita kerana mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan.


"ThorX yang dikeluarkan khusus untuk kaum lelaki, mereka tidak perlu bimbang menggunakannya kerana ia diperbuat daripada bahan organik yang berkualiti tinggi.


“Dengan menggunakan bahan organik yang dipilih dengan teliti, pengguna tidak perlu risau tentang kesan sampingan yang tidak diingini sekali gus ia memberi keyakinan dan keselesaan kepada pengguna dalam mengambil produk ini sebagai makanan tambahan,” katanya.



Dato KK Chua, Pengarah Urusan Armani Media menyampaikan trofi serta sijil Asia Halal Brand Award 2023 kepada Dr. Aizul Hafizi dan Caprice sebagai pengiktirafan kepada produk ThorX dalam kategori 'The Best Men Supplement'

Beliau menambah, ThorX pernah memenangi World Consumer Health Brand Awards 2023 dan South East Asia Organic Awards.


“Kejayaan ini mengukuhkan reputasi dan bukti keunggulan Thor X sebagai produk yang berkualiti tinggi dan diiktiraf pada peringkat global.


“Melengkapkan lagi kecemerlangan produk kesihatan ini, pada majlis hari juga, ThorX mendapat anugerah Asia Halal Brand Awards dalam kategori Best Men Supplement.


“Ia adalah anugerah yang khusus diberikan kepada produk yang sudahpun mendapat sijil halal yang diadili lima juri berkaliber,” katanya.


Bagi menghapuskan keraguan pengguna untuk menggunakan produk ini, produk makanan tambahan kesihatan keluaran Branz Marketing Sdn Bhd ini juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.



Branz Marketing juga telah melantik Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice dan juga Dr Aizul Hafizi sebagai pengasas bersama produk ThorX


Branz Marketing turut berbesar hati melantik Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice serta Dr. Aizul Hafizi pengasas bersama produk makanan tambahan kesihatan ini.


Perlantikan itu sesuai kedudukan Caprice sebagai seorang penyanyi, ahli perniagaan dan pempengaruh media sosial serta Dr. Aizul Hafizi sebagai doktor perubatan serta pakar estetik bertauliah yang boleh membawakan mesej positif kepada golongan lelaki terutamanya kepada para suami.


Suami sebagai ketua keluarga harus bijak memainkan peranan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kebahagiaan bukan hanya terletak kepada kemampuan material namun juga keperluan batin pasangan.


“Saya teruja apabila menjadi pengasas bersama produk suplemen ini kerana Thorx adalah suplemen yang diperbuat daripada bahan organik berkualiti tinggi tanpa kesan sampingan.


“Ia selamat digunakan dan sudahpun mendapat pengiktirafan pada peringkat global,” katanya.



bottom of page