• MYB

HABIB Lancar Koleksi Emas Oro Italia 916 Dan Syiling Wafer Emas 999 Edisi Terhad Sempena Aidilfitri

Updated: Apr 6

HABIB tampil dengan kempen raya yang berkonsepkan ikatan kekeluargaan yang bertemakan Rantaian Kasih, berlangsung daripada 4 April sehingga 15 Mei 2022 di semua bilik pameran HABIB.


HABIB
Dato Sri Meer, Anzalna Nasir & Erin Adlina bersama model di pelancaran Kempen Rantaian Kasih HABIB 2022

Pelancaran kempen Rantaian Kasih ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Datin Sri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB di bilik pameran HABIB yang terbesar di Pavilion Bukit Jalil.


Acara ini menampilkan koleksi hari raya HABIB yang terbaru serta penampilan barisan duta bagi kempen hari raya Habib 2022. Majlis turut diserikan dengan personaliti jemputan istimewa, Abu Shaef, seorang jurugaya selebriti Malaysia yang cukup popular turut menambah keterujaan.


Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata, “Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa di mana ramai di antara kita mengambil peluang untuk bersama keluarga. Dari ke terawih, ke bazar ramadan, bersahur dan ber’shopping’ semuanya indah dilakukan bersama.


"Di bilik pameran HABIB pula, pada bulan Ramadan kita dapat berkenalan dengan seisi keluarga pelanggan. Ibu, kakak, adik, mertua dan seluruh keluarga akan membeli belah bersama. Ini adalah suasana yang amat menyeronokkan kerana kami dapat memberikan pengalaman yang gembira untuk pelanggan, dan dari sinilah, tema Rantaian Kasih dikekalkan," jelas Dato’ Sri Meer.


Untuk tahun 2022, HABIB menambah kemeriahan sambutan hari raya dengan penggunaan warna-warna terang dan lebih ceria. Elemen songket diterapkan bagi menggabungkan konsep moden dan kontemporari.


Songket Malaysia kaya dengan nilai sejarah dan warisan. Karya seni songket memerlukan kreativiti, kehalusan dan ketelitian untuk penghasilan songket yang bermutu dan eksklusif, selari dengan penghasilan barangan kemas. Sebagai jenama tempatan, HABIB merasa bangga dan terus menyokong serta mempromosikan warisan budaya Malaysia.


Dari kiri : Anzalna Nasir, ibunya Puan Azlina serta Erin Adlina

Kempen Rantaian Kasih membawakan 3 duta baharu; pelakon Anzalna Nasir, ibunya Puan Azlina serta Erin Adlina, usahawan muda yang berjaya dan juga seorang pempengaruh media sosial yang menjadi inspirasi ramai yang sangat meminati fesyen.


Koleksi hari raya dipersembahkan melalui pertunjukan fesyen yang memperagakan koleksi emas Oro Italia 916® dengan set rantai leher panjang, gelang tangan, cincin dan subang dari koleksi Amore, Grafetta dan banyak lagi.


Koleksi-koleksi Hari Raya HABIB 2022


Seterusnya, koleksi eksklusif berlian, terdiri daripada rantai leher panjang dan kerongsang bermotif flora yang boleh didapati dalam rona emas emas kuning, emas putih dan emas ros.


Koleksi batu permata pelbagai warna seperti batu safir, delima, zamrud, amethyst, topaz dan citrine turut ditawarkan. Koleksi permata ini boleh dimiliki secara set cincin, loket, subang dan gelang tangan, sesuai digayakan pada hari lebaran.


HABIB turut tidak ketinggalan mengadakan koleksi cincin dan butang baju melayu yang diikat dengan palladium perak bertatahkan berlian dan juga batu permata khusus untuk penggemar aksesori lelaki, selain menawarkan koleksi Oro Italia 916 untuk kanak-kanak dengan rekaan yang baharu.


HABIB
Koleksi Syiling Wafer Emas 999 Aidilfitri 2022 mengambil ilham rekaan 5 buah rumah tradisional di Malaysia

Tradisi pemberian duit raya 'syiling wafer emas 999' yang diperkenalkan HABIB sejak beberapa tahun lalu turut menghangatkan sambutan hari raya tahun ini dengan menampilkan koleksi syiling wafer emas 999 edisi terhad mengambil ilham rekaan 5 buah rumah tradisional di Malaysia iaitu Rumah Tradisional Perabung Lima di Kelantan, Rumah Kutai di Perak, Rumah Minangkabau di Negri Sembilan, Rumah Tradisional Tangga Batu di Melaka dan Rumah Serambi di Kedah.


Rekaan rumah tradisional ini bukan hanya mengingatkan kita pada kampung halaman tetapi boleh memperkenalkan asal usul rumah tradisional di Malaysia terutamanya kepada golongan muda.



Syiling wafer emas 999 ini dipakej sempurna dengan bungkusan yang diilhamkan dengan motif songket. Ianya sesuai dijadikan sebagai hadiah mahupun pengganti duit raya. Boleh didapati secara individu dengan harga RM118 mahupun dalam set berharga RM590.


Untuk informasi lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan mengikuti platform media sosial HABIB di Instagram @habibjewelsofficial dan Facebook @HABIB.

0 comments