top of page

Hael Husaini Gegarkan Zepp KL: “Repertoire” Bukan Sekadar Konsert, Tapi Sebuah Memoir Jiwa

  • Writer: MYB
    MYB
  • 9 Ogo
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR — Selepas lebih sedekad mencipta nama dalam industri muzik tanah air, penyanyi dan komposer tersohor Hael Husaini akhirnya melakar sejarah peribadi dengan konsert solo sulungnya bertajuk “Hael Husaini & Repertoire”, yang berlansung malam semalam di Zepp Kuala Lumpur.


Hael Husaini Gegarkan Zepp KL: “Repertoire” Bukan Sekadar Konsert, Tapi Sebuah Memoir Jiwa

Dibawakan oleh Astro dan Rocketfuel Entertainment, konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah penghargaan terhadap perjalanan seni Hael selama 11 tahun.


Mengangkat konsep “repertoire”, Hael mempersembahkan rangkaian lagu-lagu ciptaannya yang pernah dipopularkan oleh artis-artis hebat seperti Dayang Nurfaizah, Nadeera, Nabila Razali, dan Wany Hasrita yang semuanya tampil di pentas memberi nyawa baharu kepada karya Hael.


“Mereka bukan sekadar penyanyi, mereka adalah sebahagian daripada kisah saya sebagai pengkarya,” kata Hael penuh emosi.

GALERI



Konsert turut diserikan dengan kemunculan kumpulan baharu ALPHA, juara Big Stage Alpha, yang membuka tirai dengan lagu-lagu ciptaan Hael seperti “Bujang” dan “Lara”.


Antara momen paling menyentuh hati ialah duet Hael bersama Nadeera menerusi lagu baharu mereka, “Peluk”, yang turut menandakan kesinambungan kerjasama selepas kejayaan lagu Raya “Meriah Lain Macam”. Hael juga mempersembahkan dua lagi lagu baharu — “Alangkah” dan “Jari” — yang bakal dimuatkan dalam album sambungan beliau, “Antonim: Part II”.


Hael Husaini Gegarkan Zepp KL: “Repertoire” Bukan Sekadar Konsert, Tapi Sebuah Memoir Jiwa

Namun, kemuncak konsert adalah kemunculan istimewa biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang turut menyampaikan sebuah lagu ciptaan Hael. Hael menyuarakan rasa syukurnya kerana dapat berkongsi pentas dengan insan yang dihormati dan dikagumi seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza.


“Malam ini adalah antara detik paling bermakna dalam hidup saya,” luah Hael penuh syukur.

Mengakhiri konsert, Hael meluahkan rasa terharu dan penuh makna, menyatakan bahawa konsert ini hanyalah permulaan. Bagi peminat yang tidak berkesempatan hadir, konsert "Hael Husaini & Repertoire" akan disiarkan secara eksklusif di Astro menerusi KITA Channel (saluran 100) pada 13 September 2025, jam 9 malam.



Komen


bottom of page