top of page
  • Writer's pictureMYB

HOKA Malaysia Bawakan Hab Pameran Inovasi FLYLAB Di Esplanade Suria KLCC

Bersedia untuk meningkatkan pengalaman anda dengan Hoka! Bermula dari 20 hingga 26 Mei 2024 Hoka Malaysia membawakan FLYLAB di Esplanade, KLCC Park. Hab inovasi termaju ini bersedia untuk mengubah landskap prestasi aktif dan teknologi.


HOKA FLYLAB
Tim Tham (KANAN), Pengarah Pemasaran dan E-Dagang HOKA Malaysia, dan May Han (KEEMPAT DARI KANAN), Pengurus Besar HOKA Malaysia, melancarkan FLYLAB di Suria KLCC dan Esplanade, Taman KLCC. Mereka disertai oleh beberapa selebriti internet yang menghadirkan diri pada hari pertama acara HOKA FLYLAB.

Hoka Malaysia telah bekerjasama dengan rakan kerjasama seperti KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Suria KLCC, dan ISN untuk mencipta pengalaman yang tiada tandingan di FLYLAB. Kerjasama ini menekankan dedikasi terhadap inovasi, prestasi dan penglibatan komuniti, mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan menyokong kehidupan aktif melalui teknologi inovatif.


Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri sebuah pengembaraan yang mengasyikkan ke dunia Hoka dengan FLYLAB.


"Kami teruja untuk membawa FLYLAB ke Kuala Lumpur dan memberikan pengalaman yang tidak dapat ditandingi yang mencerminkan intipati Hoka," kata Ketua Pegawai Eksekutif REV Edition, Encik Pornsak Chinawongwatana.


HOKA FLYLAB
FLYLAB bukan sekadar acara; ia sebaliknya sambutan inovasi penuh mendebarkan bagi meneroka dunia luar sempadan dengan mempamerkan produk termaju yang memacukan lagi kehebatan penduduk Malaysia.

Melalui pengaktifan inovatif dan penglibatan yang mendalam, FLYLAB bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kebahagiaan, motivasi dan gaya hidup aktif dalam komuniti setempat.


Sertai aksi pengembaraan yang penuh mendebarkan selama tujuh hari tanpa henti di FLYLAB. Ia akan bermula dengan aktiviti larian petang bersama Kelab Larian HOKA (HRC) disusuli dengan acara pengaktifan dinamik selama tiga hari oleh Institut Sukan Negara (ISN). Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada pengunjung.


FLYLAB juga akan menampilkan koleksi terbaru HOKA, Skyward X. Ia direka khusus untuk jadual harian yang lebih mudah dan singkat. Skyward X juga melambangkan komitmen HOKA dalam menggabungkan reka bentuk maksima dengan teknologi revolusi suspensi. Ia turut menampilkan Active Foot Frame™ yang berasaskan PEBA iaitu rangkaian istimewa jenama ini, MetaRocker™.


HOKA FLYLAB
Skyward X melambangkan komitmen HOKA dalam menggabungkan reka bentuk maksima dengan teknologi revolusi suspensi. Ia turut menampilkan Active Foot Frame™ yang berasaskan PEBA iaitu rangkaian istimewa jenama ini, MetaRocker™.

Active Foot Frame™ digabungkan dengan MetaRocker berasaskan PEBA memberikan pengalaman yang mewah dan selesa untuk pelari dan pemakai. Plat gentian cembung yang inovatif meningkatkan setiap langkah, menawarkan penggantungan tanpa berat dengan kestabilan dinamik.


Jangan lepaskan peluang untuk melibatkan diri bersama selebriti, pameran produk, pertemuan interaktif dan bengkel kesihatan di FLYLAB. Lebih sekadar acara, FLYLAB menyediakan platform untuk rangkaian pelbagai cerita dengan memfokuskan inovasi, prestasi dan penglibatan komuniti.


FLYLAB membawakan komitmen HOKA dalam membawakan anda terbang lebih tinggi dengan setiap langkah penuh kegembiraan.Untuk butiran lanjut dan untuk mengetahui inovasi terkini, lawati https://flylabkl.dxb.asia/



0 comments

Comments


bottom of page