IMAGINEX Anjur Program ' A Night To Remember' Bersama Dato Jamal Abdillah Dan Zamani
top of page
  • Writer's pictureMYB

IMAGINEX Anjur Program ' A Night To Remember' Bersama Dato Jamal Abdillah Dan Zamani

IMAGINEX sekali lagi bakal tampil dengan satu persembahan istimewa ‘A NIGHT TO REMEMBER’ yang berkonsepkan persembahan dan makan malam dengan tema 'pop night', menampilkan penyanyi lagenda, Dato Jamal Abdillah dan Zamani Ibrahim yang bakal diadakan pada 26 Mac 2022 di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.


Dato Jamal Abdillah dan Zamani Ibrahim
Dato Jamal Abdillah dan Zamani Ibrahim bakal membuat persembahan pada majlis makan malam 'A Night to Remember' anjuran IMAGINEX pada 26 Mac 2022

Tidak disangkal lagi, persembahan istimewa mereka mampu menarik peminat peminat mereka bagi mengisi tempat di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur. Keupayaan dan tarikan kedua dua penyanyi lagenda ini tidak perlu dipertikaikan, kerana mereka mempunyai kekuatan aura tersendiri.


Bakal memberikan persembahan istimewa dan mengegarkan. Pasti persembahan makan malam ini dinantikan oleh peminat mereka selain keserasian mereka bergabung.


Setakat ini, Dato Jamal dan Zamani sedang giat melakukan persediaan yang rapi dan berharap dapat memberikan yang terbaik buat peminat yang bakal hadir pada malam persembahan itu nanti dengan persembahan yang bakal disajikan.


Persembahan Dato Jamal Abdillah dan Zamani diiringi oleh Ritz Metalasia selaku pemain gitar dan MD, Fauzi Zain sebagai pemain bass, Ano NRG sebagai pemain dram, Sham Wings sebagai pemain gitar dan Afiq sebagai pemain papan nada atau keyboard. Manakala Melissa, Oney dan Nuril selaku penyanyi latar .


Segala persiapan dan latihan bagi persembahan makan malam ini , dilakukan di Yon Studio Damansara.


Dato Jamal Abdillah akan mempersembahkan sebanyak 8 buah lagu solo dan 2 buah lagu duet Bersama Zamani, manakala Zamani menyampaikan sebanyak 6 buah lagu dan 2 buah lagu duet bersama Dato Jamal Abdillah dalam persembahan berdurasi selama 2 jam yang dijadualkan bermula dari jam 8.00 malam.


Pihak Imaginex telah menyediakan sebanyak 100 buah meja dimana setiap meja hanya memuatkan 6 orang tetamu sahaja dengan mengikuti garis panduan yang disediakan oleh MKN dalam situasi semasa ketika ini yang masih dibelenggu wabak Covid 19.

 
Maklumat tempahan dan harga meja

Meja

​Harga

3 buah meja VIP

RM11,900 (RM1,700 seorang)

22 buah meja VIP

RM6,600 (RM1,100 seorang)

32 buah meja PLATINUM

RM5,400 (RM900 seorang)

16 buah meja PREMIUM

RM4,900 (RM700 seorang)

26 buah meja GOLD

RM3,850 (RM550 seorang)


Tiket-tiket untuk program makan malam anjuran IMAGINEX ini boleh didapati menerusi Ilassotickets bermula pada 8hb Februari 2022. Orang ramai yang memerlukan maklumat mengenai tiket, boleh melayari laman sesawang www.ilassotickets.com atau menghubungi talian hotline: 03-21706333

bottom of page