top of page
Writer's pictureMYB

Indonesian Music Festival 2024: Kotak, Ifan Seventeen, dan Marcello Tahitoe Siap Untuk Menggegarkan Axiata Arena!

Berita baik buat penggemar muzik Indonesia! Axiata Arena di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bakal digegarkan oleh 3 bintang besar Indonesia; Kotak, Ifan Seventeen, dan Marcello Tahitoe dalam satu konsert 'Indonesian Music Festival 2024' yang dibawakan oleh UnUsUaL Entertainment selaku penganjur pada 24 Ogos 2024.


Indonesian Music Festival 2024

Kotak merupakan sebuah kumpulan muzik rock dari Indonesia yang ditubuhkan pada 27 September 2004. Band ini dianggotai oleh Tantri (Tantri Syalindri Ichlasari) sebagai vokalis, Chua (Swasti Sabdastantri) sebagai pemain bass, dan Cella (Mario Marcella) sebagai pemain gitar utama.


Terkenal dengan lagu-lagu hits seperti 'Pelan-Pelan Saja', 'Masih Cinta', 'Kendang Dari Langit', dan 'Aku Yang Tersakiti', Kotak tidak pernah gagal untuk menarik perhatian penonton mereka.


Mereka telah memenangi pelbagai anugerah muzik, termasuk Anugerah Muzik Indonesia ke-12 untuk kategori Solo/Duo/Kumpulan Rock Terbaik. Album mereka 'Kotak Kedua' turut dianugerahkan kategori Album Rock Terbaik. Mereka juga memenangi kategori Kumpulan/Duo Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 dan Anugerah MTV Indonesia untuk Most Favourite Breakhtrought Artist 2009.


Bagi peminat lagu Ifan Seventeen 'Kemarin', inilah masanya untuk menikmati suara merdunya selepas kemalangan menimpa Ifan pada 2018. Sejak 2018, Ifan memulakan perjalanan baharu dan lebih gemar menyanyi secara solo terutama ketika mempersembahkan lagu ciptaan Herman Sikumbang, 'Kemarin'.


Pada usia 41 tahun, Ifan (nama sebenarnya Rifian Fayacia), pasti dapat mengubat kerinduan peminatnya dengan lagu-lagu popular Seventeen lain seperti 'Cinta Jangan Disembunyikan', 'Akujira', 'Menunggu Kamu', 'Jaga Selalu Hatimu', 'Sumpah Ku Mencintaimu', dan 'Hal Terindah'.


Indonesian Music Festival 2024

Seorang lagi penyanyi yang akan menghiburkan penonton di konsert tersebut ialah Marcello Tahitoe, 41, juga dikenali sebagai Ello, seorang pemuzik berbakat yang telah menerima pelbagai anugerah atas karyanya dalam industri muzik Indonesia.


Dilahirkan dalam keluarga artis, dengan bapanya Minggoes Tahitoe dan ibunya Diana Nasution menjadi penyanyi popular pada 1970-an, Ello telah mencipta nama untuk dirinya dengan lagu-lagu hits seperti 'Gak Kayak Mantanmu' dan 'Kisah Kita T'lah Usai'.


Ello yang merupakan keturunan campuran Maluku-Batak pernah memenangi anugerah seperti Pendatang Baru Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia (AMI) pada 2005, Album Pop Terbaik (2005), Produksi R&B Terbaik (2005), Penyanyi Rock Solo Terbaik ( 2016), Penyanyi Rock Solo Terbaik (2019), Album Rock Terbaik (2021), dan Album Terbaik Terbaik (2021) sepanjang kerjayanya.


Sebelum menyertai Dewa 19 sebagai vokalis utama mereka pada 2022, Ello mengeluarkan enam album studio termasuk 'Ello', 'Realistis/Idealis', 'Taub Mumu', 'Jalur Alternatif', 'Antistasis' dan '99'.


Indonesian Music Festival 2024

Untuk menonton persembahan artis hebat ini jangan lupa untuk menempah tiket-tiket yang dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4). Tiket-tiket akan mula dijual pada 1 Julai di https://my.bookmyshow.com/


Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti UnUsUaL Entertainment di Facebook



Comments


bottom of page