top of page
Writer's pictureMYB

Jom Nikmati Bufet Selera Penang Sepanjang Julai Di ibis KLCC

Berita baik buat semua penggemar makanan dari Pulau Mutiara. Jika anda mengidamkan masakan asli Pulau Pinang, ayuh ke Kampung Kitchen, restoran bufet harian di ibis KLCC. Dari 1 Julai hingga 31 Julai 2024, nikmati Bufet Selera Penang yang mengetengahkan pelbagai hidangan kulinari yang lazat, diilhamkan dari pelbagai perisa menarik seluruh Pulau Pinang.


Bufet Selera Penang Ibis KLCC
Promosi Bufet Selera Penang berlansung sepanjang bulan Julai bermula dari 1 sehingga 31 Juial 2024

Bufet Selera Penang menyenaraikan menu popular makanan jalanan atau 'street food' ikonik di Pulau Pinang seperti Nasi Kandar, Asam Laksa, Pasembur, Char Kuey Teow, Otak-Otak, Yong Tau Foo, Rojak Buah, Ais Cendol, Ais Tingkap dan banyak lagi dibawakan secara eksklusif oleh barisan chef berpengalaman yang diketuai oleh Chef Eksekutif Faridul untuk dinikmati secara bufet.


Lebih menarik apabila menu-menu ini dipersembahkan secara kreatif dengan nama setiap lokasi popular yang begitu sinonim dengan setiap menu-menu ini di Pulau Pinang seperti Jalan Gurney, Jalan Pasar, Padang Kota, Padang Brown dan banyak lagi.


Selain menu bufet Selera Penang, Kampung Kitchen turut menyediakan pelbagai menu sampingan lain seperti Masak Lemak Ikan Parang, Itik Panggang, Ayam Masak Halia, Kari Kambing, Sup Ekor, Sayur Campur, Pai, Spagetti, Dim Sum serta pelbagai pilihan pemanis mulut, kuih dan kek yang ditukar setiap hari sebagai memenuhi citarasa setiap pengunjung disini.



Rasai irama sambil menikmati rasa! ibis KLCC turut menyediakan persembahan kumpulan 'Buskers' untuk menghiburkan setiap pengunjung sambil menikmati hidangan dan memikat hati semua dengan melodi yang menawan.


Bufet makan tengahari atau malam ditawarkan pada harga istimewa sepanjang minggu bermula RM59 bersih untuk dewasa dan RM49 bersih untuk kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun. Manakala RM79 bersih untuk dewasa dan RM59 bersih untuk kanak-kanak pada hujung minggu untuk bufet makan tengahari bersama hi-tea atau makan malam.


Diskaun 10 peratus turut diberikan kepada tetamu yang menginap di ibis KLCC. Sementara parkir percuma disediakan kepada pengunjung yang memilih untuk menjamu selera disini.


Bufet Selera Penang Ibis KLCC
Terokai dan nikmati sajian enak Pulau Pinang di Restoran Kampung Kitchen, ibis KLCC

Restoran Bufet Kampung Kitchen telah menerima pensijilan halal demi memastikan setiap pengunjung dapat menikmati setiap makanan yang disediakan disini tanpa rasa was-was. Dengan kapasiti tempat duduk untuk sehingga 400 tetamu, Kampung Kitchen sesuai untuk perhimpunan keluarga, makan tengah hari korporat dan perayaan istimewa.


Tempah meja anda sekarang dan rasai kepelbagaian citarasa Pulau Pinang! Hubungi Kampung Kitchen di talian 03-27783388 atau Whatsapp ditalian 012-6889929 serta layari laman sesawang https://kampungkitchen.com/ untuk maklumat lanjut serta tempahan.



Comentários


bottom of page