Journey to the Best: Persembahan Amal Pelajar AISS Demi Autisme & Kanser
- MYB
- 2 jam lalu
- 2 min membaca
Kuala Lumpur - ASPIRATION INTERNATIONAL SECONDARY SCHOOL (AISS) di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) telah melancarkan secara rasmi acara persembahan amal pelajar yang dinanti-nantikan bertajuk Journey to the Best, dalam satu sidang media yang diadakan hari ini.

Acara ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 12 Julai 2025 di The Platform, Menara KEN TTDI, dengan dua sesi persembahan yang dibuka kepada orang awam. Persembahan ini bukan sekadar acara hiburan, malah menjadi platform bagi para pelajar menunjukkan bakat mereka sambil mengumpul dana bagi menyokong Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Majlis pelancaran hari ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat, Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid, serta wakil-wakil daripada NASOM dan NCSM. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan terhadap misi mulia ini yang menyatukan pendidikan, kesedaran sosial dan seni persembahan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi AISS, Encik Oon Eu Jin, menyatakan, "Journey to the Best" bukan sekadar satu persembahan. Ia adalah satu penghargaan kepada pertumbuhan, persahabatan, ketabahan dan keberanian.
"Kami amat berbangga dengan pelajar kami yang mengambil alih kepimpinan dalam menjayakan inisiatif ini, bukan hanya di atas pentas, tetapi dalam usaha mereka mencipta perubahan positif dalam masyarakat," jelas Encik Oon Eu Jin
Selain sidang media, turut menampilkan sesi perkongsian oleh para pelajar dari Kelab Seni Persembahan (PAS), diikuti dengan persembahan menyentuh hati daripada Orkestra Sekolah, dan ditutup dengan nyanyian harmoni oleh Koir Sekolah dalam membuktikan komitmen mereka terhadap bakat seni dan tujuan sosial.

Tiket untuk persembahan ini dijual pada harga antara RM80 hingga RM150 bagi setiap sesi, dan boleh dibeli di pautan berikut: http://t2u.asia/e/41916. Semua hasil jualan tiket akan disalurkan terus kepada NASOM dan NCSM, manakala sumbangan juga boleh dibuat ke akaun rasmi AISS bagi menyokong acara ini.
Dengan tema “Journey to the Best”, AISS mengajak seluruh masyarakat untuk bersama menjayakan acara ini bukan hanya sebagai penonton, tetapi sebagai penyokong kepada misi kebajikan dan pembangunan pelajar yang prihatin. Untuk maklumat lanjut atau sebarang sokongan, sila hubungi: +60126775777

Maklumat Acara:
📅 Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
📍 Lokasi: The Platform, Menara KEN TTDI
🕐 Masa Persembahan:
Sesi 1: 1:00 PM – 3:00 PM
Sesi 2: 4:00 PM – 6:00 PM
🎟️ Harga Tiket: RM80 – RM150
🔗 Beli Tiket: http://t2u.asia/e/41916
Comentarios