top of page
  • Writer's pictureMYB

Juara Travel & Tours Janjikan Khidmat Terbaik Bakal Jemaah Umrah & Haji

Penyedia perkhidmatan haji dan umrah terkenal, Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Juara) mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini.


Pengarah Urusannya, Hajjah Rosnah Wagino berkeyakinan, perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan akan memacu perkembangan syarikat yang kini berkembang dan di dikenali di seluruh negara.


Pengarah Urusannya Juara Travel & Tours Sdn Bhd Hajjah Rosnah Wagino


Anak kelahiran Felda Jengka 1 itu berkata, syarikatnya yang lebih 20 tahun beroperasi itu kekal komited dan optimis segala perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan slogan ‘Juara Pilihan Kami’ akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.


"Pada musim haji tahun ini, Juara akan membawa seramai 220 jemaah dan menyediakan persiapan yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka.


''Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti" katanya.


Beliau yang ditemui ketika Kursus Haji Perdana 1445H di Port Dickson itu menambah, Juara Travel & Tours adalah antara syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) menyediakan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.


"Juara juga syarikat pengendali pakej umrah dengan servis terbaik, kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, ada yang perlu jalani dialisis namun ingin ke tanah suci juga tetap kami terima kerana kerjasama dengan pihak hospital disana untuk menguruskan jemaah ini.


"Dengan pakej bermula RM6990, kami menyediakan khidmat pembimbing untuk menyantuni para jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah" tambahnya lagi.


Ujarnya lagi, syarikatnya juga pernah terkesan berikutan penularan pandemik covid 19 yang mengakibatkan 4000 jemaahnya terkandas dan tidak boleh ke tanah suci.


"Ketika itu, ianya satu ujian besar kepada saya apabila suami saya meninggal dunia akibat covid 19 dan dalam masa sama seramai 4000 jemaah kami tidak boleh berangkat ke tanah suci.


"Amanah yang ditinggalkan arwah suami itu membakar semangat untuk saya berusaha mempertahankan syarikat terus beroperasi di kala banyak bisnes terpaksa tutup.


"Alhamdulillah, waktu itu Juara Travels berjaya menguruskan 4000 jemaah terkandas tanpa masalah" katanya lagi.


Sementara itu, Juara juga turut menyediakan perkhidmatan pelancongan luar negara antaranya, Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.



Menurut Rosnah lagi , Juara kini mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak Taman Nirwana, Ampang.


Beliau berkata, Juara sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji.

0 comments

コメント


bottom of page