KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI Raih RM 1 Juta Dalam Tempoh 6 Hari Tayangan
top of page
  • Writer's pictureMYB

KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI Raih RM 1 Juta Dalam Tempoh 6 Hari Tayangan


KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI
Sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh anaknya, Amen Khalid

Filem sentuhan terakhir Allayarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh pengarah Amen Khalid telah berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari menerusi tayangan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Filem komedi seram yang menemui penonton sejak 3 Mac lalu turut menerima reaksi positif daripada penonton yang berkongsi pendapat di ruang platform media sosial, antaranya memuji bakat Amen Khalid dalam mengarahkan filem ini.


Berikut adalah komen-komen penonton mengenai Kampong Pisang Berbuah Dua Kali:



 

Menurut Pengarah Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Amen Khalid berkata, “Syukur Alhamdulillah filem ini mendapat respon baik daripada penonton. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya Arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton dan saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini. Insyaallah, Kampong Pisang Universe tidak akan terhenti akan terus ada buat peminat dan penggemar filem tempatan.”



Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan pihaknya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penonton menyokong Kampong Pisang Universe.


“Melihat penerimaan penonton terhadap filem ini, rata-ratanya terhibur dengan babak-babak komedi yang dipersembahkan. Kami yakin filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali amat sesuai ditonton seisi keluarga. Kepada mereka yang belum menonton, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di samping meluangkan masa bersama insan tersayang di rumah dengan menonton filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan syabas kepada Amen Khalid yang telah menambat hati penonton melalui sentuhannya." jelas Raja Jastina.


Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Paduka Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).


Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.


Saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali kini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

0 comments
bottom of page