• MYB

Kelebihan Undian Online Angkat Elica Paujin Sebagai Juara Big Stage 2022

Kelebihan undian 'online' yang diperolehi finalis program pertandingan realiti nyanyian Big Stage Musim ke-4, Elica Paujin telah mengangkat penyanyi kelahiran Sabah itu sebagai juara program tersebut sekaligus berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.


Elica Paujin dinobat sebagai juara Big Stage Musim ke-4

Elica Paujin menyampaikan dua buah lagu iaitu Cinta pada segmen solo dan Believer secara duet bersama Hael Husaini di pentas akhir yang berlangsung malam tadi di PICC, Putrajaya memperoleh jumlah undian 'online' tertinggi iaitu sebanyak 12.71 peratus. Manakala markah keseluruhan oleh juri sebanyak 66.22 peratus menjadikan jumlah keseluruhan jumlah markah yang diperolehi Elica sebanyak 78.93 peratus.


Tempat kedua dimenangi oleh Danial Chuer yang menyampaikan lagu Hilang Naluri pada segmen solo dan lagu Still Love You secara duet bersama Shila Amzah , sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.


Danial Chuer menerima jumlah undian 'online' sebanyak 5.98 peratus. Manakala undian dari juri sebanyak 66.64 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan markah sebanyak 72.62 peratus.


Markah keseluruhan peserta Big Stage 2022

Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Aisha Retno membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi. Pada segmen solo, Aisha menyampaikan lagu Fallin' dan Semua Jadi Satu secara duet bersama Jaclyn Victor.


Aisha memperolehi jumlah undian 'online' sebanyak 4.47 peratus. Manakala undian dari juri sebanyak 66.57 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan markah sebanyak 71.04 peratus


Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Yazmin Aziz dan Tegar Septian. Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.


Program realiti Big Stage 2022, melabuhkan tirainya semalam dengan mengangkat Elica Paujin sebagai Juara, Danial Chuer ditempat kedua dan Aisha Retno ditempat ketiga. Manakala Yazmin Aziz ditempat keempat dan Tegar Septian ditempat kelima.

Big Stage 2022 diacarakan oleh duo pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad di samping barisan juri tetap, Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, sementara Aliff Aziz sebagai Juri Juara, manakala kerusi Juri Pedas diisi oleh Elly Mazlein.


Kerusi juri jemputan di pentas akhir diisi oleh penyanyi, Aina Abdul manakala Presiden Netizen kekal diisi oleh Dato’ Sri Vida.

0 comments