Melangkah masuk ke MELO Cafe & Deli di The Pearl Kuala Lumpur yang serba baru, tetamu disambut dalam suasana penuh mesra serta digamit aroma enak berasap serta hamparan bufet BBQ mewah mewah bertemakan 'King of The Grill' yang menawarkan pilihan daging, makanan laut dan sayur-sayuran yang diperap menggunakan ramuan istimewa dan digril sempurna.
Bufet BBQ 'King of the Grill' yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10 malam, menawarkan lebih daripada 80 pilihan hidangan unik untuk dinikmati.
Pilihan terkenal dari menu Grill berasaskan daging, ayam dan makanan laut merangkumi Bahu Kambing Mongolia, Daging Panggang Bersama Paprika Dengan Herba Mini, Ikan Mentega Cili Halia yang dibalut dengan Daun Pisang, Ayam Tanpa Tulang Gaya Korea, Sotong Kam Heong, Udang Harimau Salai BBQ , Kerang Hijau Cajun dan dipanggang tanpa cela serta Sosej Daging Ayam.
Selain daripada hidangan makanan laut segar yang digrill sempurna, MELO CAfe & Deli juga turut menyajikan sajian Jepun yang lazat seperti Sashimi Salmon , Sup Miso, Chawanmushi dan Gyoza.
Pelanggan juga berpeluang menonton kemahiran barisan chef yang diselia oleh Ketua Chef Senior MELO Cafe & Deli, Roskaimi Rosli melakukan keajaiban mereka di stesen memanggang secara langsung dalam menyediakan Teppayanki Ayam & Daging Lembu. Selain itu, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis menu pembuka selera, salad, tiram segar, Pizza, hidangan utama, pencuci mulut dan pelbagai pilihan menu menarik yang lain!
Bufet BBQ 'King of the Grill' ditawarkan pada harga istimewa RM118 untuk dewasa RM68 untuk kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun. Sementara bagi setiap pembelian 2 dewasa, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah akan menikmati BBQ buffet secara percuma.
Selain itu warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, serta individu OKU, turut diberikan diskaun hebat sebanyak 20 peratus untuk pengalaman menjamu selera mereka.
Bagi mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran pula berpeluang untuk merikmati bufet BBQ 'King of the Grill' secara percuma pada hari kelahiran mereka dengan pembelian 1 bufet dewasa dan ditawarkan untuk sekali penebusan.
MELO Cafe & Deli turut menawarkan promosi untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan dimana pelanggan yang datang semula untuk kali kedua dan ketiga pada bulan kelahiran mereka akan menerima diskaun sehingga 30 peratus.
Promosi Bufet BBQ 'King of Grill' di MELO Cafe & Deli, The Pearl Kuala Lumpur adalah syurga buat penggemar makanan gril . Jadi ayuh kumpulkan sahabat atau keluarga anda yang gemar untuk meneroka rasa gril dan buat tempahan dengan segera kerana meja yang ditawakan adalah terhad.
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-7983 1111 ext: 3203 atau whatsapp ditalian 016 331 9375 or https://wa.link/96z6pi atau emel di enquiry@pearl.com.my
Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman sesawang rasmi The Pearl Kuala Lumpur di
Comments