Kempen #jangansalahpilihbidang Untuk Jamin Siswazah Tidak Menganggur
top of page
  • Writer's pictureMYB

Kempen #jangansalahpilihbidang Untuk Jamin Siswazah Tidak Menganggur

Pemilihan bidang pengajian oleh bakal siswazah untuk melanjutkan pelajaran pada hari ini memainkan peranan penting dalam memastikan mereka tidak menganggur sebaik saja tamat pengajian di universiti kelak.


Kempen #jangansalahpilihbidang anjuran YEG Academy menjadi platform rujukan kepada pelajar untuk membuat pilihan bidang pengajian yang menepati tuntutan tawaran pekerjaan selepas tamat pengajian di menara gading.

Menyedari hakikat itu, perunding pendidikan, YEG Academy telah melancarkan Pesta Sambung Belajar yang berlangsung sepanjang tahun ini bagi memberikan kesedaran kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.


Lantaran itu, satu tanda pagar dengan kempen #jangansalahpilihbidang dipilih bagi memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar dan golongan berkaitan bagi memastikan hal ini diberikan perhatian.


YEG Academy
Hassan Ithnin, Pengarah YEG Academy

Pengarahnya, Hassan Ithnin berkata, antara faktor yang perlu diberikan perhatian ialah bidang yang diambil perlu memberikan jaminan pekerjaan kepada bakal graduan.


"Sekarang bukan macam dulu, ambil bidang atau kursus semata-mata untuk masuk universiti sahaja, asal masuk cukuplah.


"Malah ada yang sambung pengajian ikut bidang yang dipilih oleh ibu bapa. Semua itu tidak boleh berlaku pada hari ini," katanya.


Hassan berkata, peluang mendapat pekerjaan perlu menjadi faktor utama yang diperhalusi sebelum mengambil bidang pengajian masing-masing.


Beliau berkata atas tujuan itu, YEG Academy menggorak langkah menjalinkan kerjasama Kolej Antarabangsa Inovatif, Meatech Technical Training Centre (Meatech), ISM Innovative School Of Management dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.


Pengarah Bersama, Azizul Hakim Suhaimi berkata, YEG juga bersedia berkongsi pengalaman dan nasihat kepada para graduan yang telah tamat pengajian namun masih belum mendapat pekerjaan.


Beliau berkata, setakat ini seramai 2,500 graduan dalam bidang penerbangan telah mengikut program bimbingan dan nasihat bersama YEG Academy.


"Alhamdulillah mereka berjaya mendapatkan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan dengan pengajian mereka.


"Caranya ialah melalui jalinan industri yang kami jalankan khasnya bersama Meatech. Terbaharu kerjasama kami dengan Andalusia juga membuka peluang luas dalam kerjaya pengurusan umrah sebagai contoh," katanya.

bottom of page