Kenapa Suki Menangis?
top of page
  • Writer's pictureMYB

Kenapa Suki Menangis?

Finalis yang berjaya melangkah ke pentas akhir Gegar Vaganza GV8 , Suki Low memberitahu kepada media beliau amat terkesan dengan bait-bait lirik lagu ‘Tanpa Kesasihku’ nyanyian asal penyanyi Indonesia, Agnes Monica.



Suki yang menerima lagu tersebut bersama lagu Khayalan sebagai tugasan dari pihak juri untuk persembahan pada minggu separuh akhir GV8 mengatakan lagu 'Tanpa Kekasihku' yang diberikan kepadanya amat berat serta sarat dengan emosi.


“It was a very hard song choice for me, especially the second one, because it is very emotional. Bila Suki ‘practice’ pun , Suki akan tersendu. I tried a few times, i cried a few times.” -SUKI LOW

Menurut Suki lagi bait-bait lirik lagu tersebut menggambarkan saat beliau kehilangan insan yang terlalu rapat dengannya hingga ia terlalu sukar untuk disampaikan, jesteru sedikit sebanyak memberi kesan kepada persedian beliau untuk persembahan pada minggu separuh akhir yang berlansung semalam.


Suki turut membuat permohonan maaf pada semua penyokongnya lantaran persembahan beliau pada malam itu yang dirasakan sedikit terjejas.


“Sorry, I would like to apologies if I let you down, it wasn’t my intention. Kalau Suki ada tersilap sini-sana tu, the person who felt the most is myself, because Suki adalah seorang yang sangat-sangat kritikal towards my own perfomance as well," ucap Suki.


Suki Low
Suki mengakui terlalu sukar untuk menyampaikan lagu 'Tanpa Kekaishku' kerana bait-bait liriknya menggambarkan apa yang pernah dialami dirinya sebelum ini.

Dalam keadaan sebak, Suki cuba menjelaskan tentang insiden pada bahagian akhir dimana beliau melutut itu bukanlah dalam perancangan awal untuk persembahan beliau.


“It wasn’t planned. It was from my heart. Actually I’m praying for the person who left me and my family. I’m praying for him and I hope he is at peace and I hope that l’ll get to see him again.”

“Memang Suki tertanya-tanya dimana Suki dapat cari dia semula. Actually, it is exactly like what the lyrics was saying,” jelas Suki lanjut sambil menyeka air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan.



Ketika diajukan soalan siapa gerangan individu tersebut, Suki menolak dengan baik untuk tidak berkongsi perkara itu lanjut. Namun Suki optimis beliau sudah memberikan persembahan yang terbaik dan berharap ia diterima semua.


Suki adalah seorang daripada finalis GV8 yang berjaya mara ke peringkat akhir program itu selain , Nikki Palikat, Aliff Aziz, Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera.

0 comments
bottom of page