Kongsikan Kasih Sayang Dengan Shopeefood Day
top of page
  • Writer's pictureMYB

Kongsikan Kasih Sayang Dengan Shopeefood Day

Gembirakan yang tercinta atau diri sendiri dengan pilihan promosi menarik makanan dan minuman pada ShopeeFood Day. Tambahan, anda juga berpeluang menikmati tawaran, diskaun serta promosi istimewa apabila membayar dengan ShopeePay.



Berlangsung dari 12 hingga 14 Februari, ShopeeFood Day memberikan pengguna peluang untuk menikmati penghantaran percuma sepanjang hari dengan potongan harga menarik sehingga 50% peratus dengan perbelanjaan minimum RM15 di mana-mana pedagang yang mengambil bahagian, antaranya seperti Smoothiesbay, A&W, Nyonya Colors, Stuff’d, Kenny Rogers, Pasta OhSem, Coolblog dan banyak lagi.


Berikut merupakan cadangan pilihan hidangan dari ShopeeFood:

  • Untuk perkongsian: Kenny Rogers Meal for 2 - Set lengkap dengan ayam ¼ dan empat hidangan sampingan.

  • Pilih dari rangkaian minuman ais dan smoothie daripada Coolblog untuk melegakan dahaga. Pilihan kami termasuklah Mango + Passion Smoothies, Chocolate Ice Blended, Coffee Smoothies dan Kopi Gula Perang.


Tawaran Masa Terhad!

Mencari minuman petang yang sesuai? Pilih baucar masa terhad di aplikasi Shopee, tebus lebih ganjaran antara 3 petang hingga 5 petang dan nikmati diskaun menarik sehingga 65% setiap hari apabila pengguna memesan dengan ShopeeFood.


Hadiah menarik untuk dimenangi!

Pengguna yang membuat pesanan dari Pedagang Tawaran Super juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM5,000 apabila mereka melakukan pembelian minimum RM25. Pengguna bertuah berpeluang memenangi pengering rambut TineCo, fon telinga tanpa wayar JBL, pembesar suara kalis air bluetooth JBL, Tiket Filem Mega TGV dan baucar ShopeeFood.


Selain ShopeeFood, terdapat juga tawaran menarik lain yang kini berlangsung di aplikasi Shopee sepanjang bulan ini. Semak tawaran menarik melalui ikon ShopeePay Near Me untuk tawaran istimewa serendah 1 Sen.


Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeeFood Day, layari https://shopee.com.my/m/shopeefoodday


0 comments
bottom of page