Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Himpun Bintang Dangdut Popular Indonesia Di Kuala Lumpur
top of page
  • Writer's pictureMYB

Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Himpun Bintang Dangdut Popular Indonesia Di Kuala Lumpur

Updated: May 24, 2023

Kemeriahan acara festival muzik dan konsert di teruskan lagi buat peminat muzik Dangdut di Malaysia dengan penganjuran Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang dijadual akan berlansung pada 12 Ogos 2023 bertempat di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


Bintang Dangdut popular dari Indonesia, Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena bakal menjayakan konsert Goyang Asia-Koplo Milenia pada Ogos nanti

Genre Dangdut di Malaysia memiliki bilangan pengikutnya tersendiri dan di atas kapasiti itu, Mission Sight Sdn Bhd mengambil initiatif dengan menghimpunkan barisan bintang Dangdut popular Indonesia seperti Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek Klepek dan Rhena Morena serta dua penyanyi Dangdut yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Ani Mayuni dan Baby Shima selain bintang undangan, pelopor genre dangdut tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram dalam satu konsert yang akan berlansung selama 3 jam itu.


Riezman Khuzaimi

Pengarah Projek Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia, yang mewakili Mission Sight, Riezman Khuzaimi berkata , Konsert Goyang Asia-Koplo membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.


"Kami mahu memperkenalkan semula genre dangdut ke dalam pasaran semasa dan pada masa akan datang. Dangdut tidak sepatutnya dijadikan muzik untuk orang-orang tertentu sahaja tetapi bole dinikmati oleh semua.


"Lihat sahaja pada zaman kegemilangan Amelina, Mas Idayu dan Ramlah Ram.. lagi-lagi mereka dinikmati dan diterima semua," katanya.


Tambahnya lagi, Mission Sight juga mahu memperkenalkan bakat dan pelapis baru genre dangdut.


"Di negara kita tidak ramai artis berkembang dengan genre ini (dangdut). Jadi, kami gabungkan bintang dari kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia untuk menggegarkan kembali industri dengan muzik dan lagu-lagu dangdut.


"Dalam pada itu, kami berasakan dengan penganjuran konsert ini nanti dapat menarik peminat-peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis kegemaran mereka membuat persembahan.


"Secara tidak langsung acara ini dapat mengembangkan industri pelancongan negara juga dan kami beradakan a cara pemasaran baharu untuk industri pelancongan dan muzik,"

katanya.



Tiket-tiket untuk Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia berharga dari RM158 sehingga RM658 dan telahpun mula dijual bermula dari 22 Mei 2023 di laman sesawang www.ticket2u.com. Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia bakal menampilkan selebriti versatil Malaysia, Didie Alias sebagai hos bersama Shandra Rose dari Indonesia.

bottom of page