Konsert Rock Kapak Satukan Tiga Kumpulan Rock Lagenda Era 80an
top of page
  • Writer's pictureMYB

Konsert Rock Kapak Satukan Tiga Kumpulan Rock Lagenda Era 80an

Perhatian kepada semua pencinta muzik rock! Bersedia untuk menggegarkan acara konsert yang amat dinanti-nantikan. Tiga kumpulan Rock popular era 80an bakal bergabung diatas satu pentas dan membawa anda kembali terbuai dalam alunan muzik rock penuh kehangatan dan nostalgia.


Konsert Rock Kapak yang penuh epik dijadualkan berlansung pada 7 Oktober 2023 di Panggung Asia Gombak, dibawakan oleh Boss Production Enterprise dan Attah Music bakal menampil ke Kumpulan Rock Junction, Meditasi dan Desire dalam konsert berdurasi lebih dua jam penuh bertenaga.


Menampilkan gabungan hits klasik dan susunan muzik yang memukau, Kumpulan Junction, Desire dan Meditasi akan menggegarkan pentas dengan gaya istimewa penuh bertenaga bersama lagu-lagu popular mereka seperti Akan Ku Kenang, Monolog Untuk Rina, Bias Cinta, Dian Cinta, Bidadari, Biar Pedih Kasih Memanjang serta banyak lagi.


Bukan itu sahaja! Selain persembahan yang luar biasa, Konsert Rock Kapak bakal menjanjikan satu pengalaman yang unik dan mengasyikkan seperti tidak pernah berlaku sebelum ini. Kumpulan rock BloodBrothers dan Revenge turut bakal membuat penampilan pada persembahan pembukaan konsert tersebut.


Kumpulan Rock lagenda era 80an Junction, Meditasi dan Desire bakal menggegarkan Panggung Asia, Gombak dalam Konsert Rock Kapak

Menurut En. Naz Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Boss Production Enterprise, terdapat banyak konsert rock dianjurkan untuk memenuhi permintaan peminat-peminat yang dahagakan hiburan dan merindui nostalgia muzik Rock era 80'an.


Namun begitu tidak semua kumpulan-kumpulan yang pernah popular satu masa dahulu diberi peluang untuk mengadakan persembahan. Hanya segelintir dari kumpulan-kumpulan yang merupakan nama besar di dalam industri muzik berulang kali dijemput untuk mengadakan konsert.


"Oleh itu Boss Production Enterprise dan Attah Music mengambil inisiatif untuk menganjurkan Konsert Rock Kapak yang menampilkan kumpulan-kumpulan yang tidak diberi peluang untuk mengadakan persembahan.


"Boss Production dan Attah Music sedar mungkin pulangan dari segi pendapatan tidak memberansangkan, tetapi yang lebih penting adalah memberi kegembiraan serta kepuasan kepada peminat-peminat serta kumpulan yang terlibat. Kami percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain," jelas beliau lanjut.


Bagi merancakkan jualan tiket, pihak penganjur turut menyediakan pelbagai hadiah istimewa kepada pembeli-pembeli tiket bertuah. Antaranya dua pakej percutian ke Semporna, dua unit gitar eletrik Ibanez GRX70QA, dua baucar penginapan di Hotel Ames, Melaka dan banyak lagi.


Tiket-tiket Konsert Rock Kapak berharga RM85 dan kini boleh dibeli menerusi laman sesawang ubertickets.asia. Sementara itu untuk tempahan sila hubungi 0192333435, 0105667384, 0192407994 & 0199247924

bottom of page