Konsert Sulung Di Malaysia Esok! Nadin Amizah Teruja Bertemu Peminat
top of page
  • Writer's pictureMYB

Konsert Sulung Di Malaysia Esok! Nadin Amizah Teruja Bertemu Peminat


Nadin Amizah seorang penyanyi dan penulis lagu dari negara seberang, Indonesia yang sudah membuai banyak emosi dan jiwa peminatnya lewat alunan lagu berentak pop dan folk hadir ke dalam industri muzik Indonesia pada tahun 2017, dengan kali terakhir merakam album pada tahun lalu berjudul Kalah Bertaruh.


Nadin Amizah tiba ke Malaysia untuk konsert sulungnya di Zepp, KL esok.

Penyanyi muda ini juga cukup terkenal dengan ‘siri’ kolaborasinya bersama pemuzik tempatan termasuk Sal Priadi yang menjadi temannya lewat lagu Amin Paling Serius (2019) dan Selaras bersama Kunto Aji (2020).


Ironinya nama Nadin Amizah juga menjadi sensasi selepas kolaborasi dengan Dipha Barus membawakan single All Good pada tahun 2017 mencuri perhatian sebelum terbang tinggi secara solo dengan karya karyanya yang tidak pernah mengecewakan.


Terkini Nadin Amizah, memulakan usia ke-23 tahun di tahun 2023 dengan sebuah salam terindah buat peminat-peminatnya di Malaysia . Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu-lagu seperti Bertaut, Sorai, Seperti Takdir Yang Kita Tulis dan Rumpang begitu teruja untuk bertemu dengan seluruh peminatnya lewat konsert sulungnya yang diberi nama 'Selamat Ulang Tahun' dan kisah lainnya oleh Nadin Amizah.


'Selamat Ulang Tahun' sendiri merupakan album studio pertama Nadin di bawah label Sorai pada tahun 2020 dan diikuti dengan konsert pertama Nadin yang telah berlangsung di Jakarta pada Disember tahun lalu.


Teruja!!! Nadin berkongsi rasa gembira bakal bertemu sambil menghiburkan peminat-peminatnya dalam konsert 'Selamat Ulang Tahun' dan kisah lainnya oleh Nadin Amizah

Memilih tanggal 21 Januari 2023, Nadin menyambut salam penganjur, MYdeteksi dengan kerjasama TAPAUasia, Sorai dan Tap Projects dengan harapan untuk menjadikan konsert ini satu momen intim dan tak terlupakan oleh peminat-peminatnya saat bertemu di Zepp Kuala Lumpur kelak.

 

“Aku senang bangat kerana pertama kali aku datang ke Malaysia, aku langsung bisa nyanyi untuk teman-teman semua. Aku akan bawakan sebahagian dari konsep ‘Selamat Ulang Tahun’ tapi istimewanya untuk teman-teman di Malaysia, aku juga akan mempersembahkan lagu-laguku yang lainnya.


“Semoga sesuatu yang kecil bisa menggerakkan hati yang besar,” kata Nadin, tidak sabar bertemu penggemar di Malaysia," ujar Nadin

 

Konsert 'Selamat Ulang Tahun' dan kisah lainnya oleh Nadin Amizah berlansung esok, di Zepp KL

Sementara itu, bagi MYdeteksi, persetujuan yang diberikan oleh Nadin yang pernah menerima dua anugerah dari AMI Music Award 2019 dalam kategori Produksi Best Folk/Country/Ballad Terbaik dan kategori Pendatang Baru, untuk mengadakan konsert sulungnya di Malaysia adalah sebuah khabar baik buat mereka.


Bukan sahaja ia akan menjadi konsert pembuka terbesar dari MYdeteksi, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana penganjur dapat membawa nada pemuzik hebat ini secara langsung kepada penggemar.


Apa lagi melihat kepada prestasi Nadin yang pada awal tahun 2020, mendominasi Billboard Indonesia Music Awards pertama kalinya dengan tiga kategori termasuk Artis Baru Top of the Year, membuat MYdeteksi yakin penyanyi ini akan memukau penggemar dengan persembahannya.


“Kami di MYdeteksi bersama TAPAUasia percaya Nadin Amizah mempunyai kelompok penggemar yang sangat menghargai bakat besarnya yang bukan sahaja hebat dalam penciptaan lagu dan nyanyian, tetapi juga bagaimana dia membawa penggemar masuk ke dalam ‘kisah kisah’ yang ingin disampaikan lewat penceritaan yang dibentuk”, ujar Shafika Mazlan, Pengarah Kreatif MYdeteksi.


Tiket Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah yang dijadual bermula pukul 8.30 malam itu sudah mula dijual sejak 22 Disember lalu.


Meletakkan kelas tiket bersempena dengan untaian hitnya, tiket berharga RM190 dijual di bawah judul Rumpang dan Taruh, RM230 (Bertaut), manakala Sorai (RM250), sementara RM600 untuk Star yang akan memberi keistimewaan kepada peminatnya sesi beramah mesra dengan Nadin. Tiket-tiket boleh dibeli di tapautix.tapau.asia | MYBUZZ!

bottom of page