Kumpulan Manakah Dinobatkan Juara Mega Spontan 2023? Bawa Pulang RM200,000
top of page
  • Writer's pictureMYB

Kumpulan Manakah Dinobatkan Juara Mega Spontan 2023? Bawa Pulang RM200,000

Esok, hampir sudah ke Minggu Terakhir Mega Spontan 2023. Kumpulan manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Mega Spontan 2023 (Raja Kerajaan Takhta Nusantara) antara kumpulan Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh.


Saingan kuat kumpulan akan terasa pada minggu akhir Mega Spontan 2023 dimana mereka akan melawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kreativiti masing-masing dalam masa yang terhad untuk dinobatkan menjadi ‘Raja Kerajaan Takhta Nusantara’.



‘MEGA SPONTAN’ akan dijayakan oleh seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat buah kumpulan. Antara nama-nama pelawak yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini termasuk Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin.



Manakala wajah-wajah baharu yang akan muncul buat pertama kali dalam hiburan komedi menerusi rancangan ini adalah pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri.


Menarik lagi buat edisi ‘MEGA SPONTAN’ kali ini adalah pengenalan mentor bagi setiap kumpulan yang akan membantu strategi kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale. Barisan mentor ini digalas oleh pelawak versatil tersohor negara termasuk Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.


Gerak-geri setiap pemain akan dinilai oleh Dato’ Afdlin Shauki sebagai Game Master. Beliau akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, pemilihan hukuman buat kumpulan yang tercorot serta pemberian Immunity kepada pemain mahupun kumpulan.


Pengacara Mega Spontan yang gamat iaitu Sherry Alhadad bakal menggalas tugasan di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.


‘MEGA SPONTAN’ telah berlangsung selama lapan (8) minggu dan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati ‘MEGA SPONTAN’ di Astro.


Penganjuran ‘MEGA SPONTAN 2023’ ini turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak dan Zon Lawak selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi.

bottom of page