top of page
  • MYB

Lah Ahmad Menghitung Hari

Updated: Jan 17

Abdullah bin Ahmad atau dikenali sebagai Lah Ahmad merupakan seorang penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri seni muzik tanah air, bakal menjayakan konsert - '25 Years Lah Ahmad Live In Concert' yang bakal berlansung kurang tiga minggu lagi.


Konsert sulung Lah Ahmad - '25 Years Lah Ahmad Live In Concert' diadakan bersempena dengan genap 25 tahun karier beliau dalam bidang industri seni muzik tanah air selepas showcase pertama beliau pada tahun 2018 mendapat sambutan yang hangat.

Konsert ini bakal menampilkan hampir 20 buah lagu sepanjang perjalanan karier beliau. Baik lagu lama dan juga lagu baru dari album album beliau. Selain daripada itu, konsert pertama ini akan menampilkan dan meraikan album ke – 4 beliau yang bertajuk ‘Jatuh’.


Konsert ini pasti akan membawa peminatnya menikmati impian beliau yang ingin menjayakan konsert julung kalinya, perjalanan kerjayanya serta menjiwai seni suara dan lagunya.



Konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert bakal diadakan untuk 2 malam berturut -turut di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama pada 28 dan 29 Januari 2023. Konsert yang pada mulanya dirancang berlansung untuk satu malam sahaja terpaksa ditambah ke hari berikutnya berikutan tiket untuk konsert malam pertama 'sold out' dalam tempoh 24 jam. Dengar-dengar tiket untuk persembahan konsert malam kedua juga laris sejak tiket mula dijual bermula pada 2 November 2022 lalu . Harga jualan tiket bermula dari :

Kelas Tiket

Harga

Sempurna & Terbaik

RM330 (sesi Meet & Greet + Album 'Jatuh')

Ayu

RM190

Adinda

RM120


Konsert '25 Years Lah Ahmad Live In Concert' ini akan diiringi oleh barisan pemuzik hebat tanah air seperti Syawal Hussin selaku muzik director bersama Don (gitar), Khazri (gitar ), Wan (drum), Amai (Bass), Mirzan (keyboard) dan Ude Sitar (Programmer).

 

Selain dari mempunyai kelebihan dari segi vokal dan bakat mencipta lagu, kini Lah Ahmad tampil menghasilkan album terbaru bertajuk ‘Jatuh’ yang bakal dijual pada hari konsert tersebut secara fizikal. ‘Jatuh’ juga merupakan salah satu judul lagu daripada album terbaru beliau.


Album ke-4 Lah Ahmad , 'Jatuh'

Kerana itu, Judul ‘Jatuh’ ini serta merta diangkat dan dijadikan sebagai judul album ke 4 beliau. Salah satu kelebihan album ‘Jatuh’ ini adalah, hampir 95% lagu lagu yang diciptakan sepenuhnya oleh hasil karya Lah Ahmad tersendiri.


Menggunakan bakat dan kelebihan beliau, lagu ‘Jatuh’ juga dicipta sepenuhnya oleh Lah Ahmad sendiri. Single ‘Jatuh’ yang memberi maksud jatuh cinta pada sesorang yang telah lama dinantikan dan jatuh cinta pada seseorang itu sehingga ke akhir hayat.


Single ‘Jatuh’ telah dilancarkan sepenuhnya pada bulan Disember 2022 yang lalu. Selain daripada itu, single ke-2 dari album ‘Jatuh’ yang bertajuk 'Ulangtahun' dicipta sepenuhnya oleh Asfan Shah yang juga bakal dilancarkan pada bulan Januari 2023 nanti.


‘Ulangtahun’ merupakan lagu untuk pasangan yang bahagia dan sedang menyambut hari ulangtahun percintaan mereka.


Konsep album ‘Jatuh’ akan menampilkan beberapa buah lagu baru dan yang lama tetapi akan memberi nafas baru pada lagu lagu tersebut. Semestinya, album ini akan mengekalkan penyanyi bersuara lunak Lah Ahmad ini sebagai penyanyi Pop Rnb. Peminat boleh mendapatkan album ini di platform Shopee Salam Official pada bulan Febuari 2023 nanti dengan berharga RM50.00 sahaja.


0 comments
bottom of page