top of page

Maraton Raya 88 Jam! WTC KL Bakal 'Banjir' Dengan Selebriti & Hujan Duit Mac Ini

  • Writer: MYB
    MYB
  • 1 jam lalu
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Demam persiapan Aidilfitri tahun ini bakal mencapai kemuncaknya lebih awal apabila festival Let's Raya Gegak Gempita Raya 2026 mengumumkan penganjuran acara berskala gergasi selama 88 jam tanpa henti.


Maraton Raya 88 Jam! WTC KL Bakal 'Banjir' Dengan Selebriti & Hujan Duit Mac Ini

Bertempat di lokasi berprestij World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL), festival ini akan berlangsung bermula 12 hingga 15 Mac 2026, menjanjikan pengalaman membeli-belah sambil beribadah yang unik.


Menurut Pengarah Projek, Kelly Azman, festival ini tampil dengan kelainan menerusi konsep "masuk bila-bila, raikan Raya tanpa henti", membolehkan pengunjung hadir pada bila-bila masa sepanjang tempoh penganjuran. Bagi menghormati kesucian bulan Ramadan, penganjur telah merangka strategi pemisahan zon masa yang teliti.


Maraton Raya 88 Jam! WTC KL Bakal 'Banjir' Dengan Selebriti & Hujan Duit Mac Ini
"Dari waktu siang hingga awal malam, pengisian lebih menjurus kepada aktiviti keagamaan dan kerohanian," jelas Kelly. Namun, suasana akan bertukar wajah bermula malam hingga ke awal pagi dengan aktiviti perniagaan, fesyen, kecantikan, dan hiburan yang terkawal.

Tarikan paling sensasi pastinya segmen 'Happy Hour Hujan Duit' di mana pengunjung berpeluang merebut wang tunai dengan nilai sehingga RM18,888 pada waktu-waktu tertentu. Tidak cukup dengan itu, festival ini turut menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM188,888, menjadikannya antara acara paling lumayan untuk dikunjungi tahun ini.


Maraton Raya 88 Jam! WTC KL Bakal 'Banjir' Dengan Selebriti & Hujan Duit Mac Ini

Menyasarkan lebih satu juta pengunjung, acara ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran 88 selebriti dan pempengaruh popular tanah air yang akan terlibat dalam aktiviti pentas dan promosi jenama. Pentas utama akan dikendalikan oleh gabungan pengacara selebriti iaitu Kelly Azman, Watie Elite, Ahfad, dan Sudirman Mohd Tahir.


Selain membeli-belah persiapan raya di saat akhir (10 hari sebelum Aidilfitri), pengunjung juga boleh menikmati juadah berbuka dan bersahur di Rasa Fusion Food Festival yang disediakan di lokasi sama.


Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini festival ini menerusi media sosial rasmi @letsrayawtc dan hashtag #letsrayagegakgempitaraya2026.



bottom of page