top of page

Selepas Fenomena 'Bidaah', Viu Bakal Kembali Hantui Penonton Dengan Thriller Agama 'Walid'

  • Writer: MYB
    MYB
  • 13 minit lalu
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Susulan kejayaan luar biasa siri "Bidaah" pada tahun lalu, platform penstriman terkemuka, Viu, sekali lagi bakal menggegarkan emosi penonton dengan sebuah lagi naskhah thriller agama bertajuk "Walid" (Heaven’s Reign). Siri yang dinanti-nantikan ini dijadualkan menemui peminat secara eksklusif bermula 26 Februari 2026.


Selepas Fenomena 'Bidaah', Viu Bakal Kembali Hantui Penonton Dengan Thriller Agama 'Walid'

Mengekalkan formula kejayaan terdahulu, "Walid" diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan menyaksikan penyatuan semula dua tenaga kreatif hebat industri iaitu Erma Fatima selaku pencipta dan penulis skrip, bersama pengarah berkaliber, Pali Yahya. Gabungan ini dijangka sekali lagi mencetuskan perbualan hangat mengenai garis halus antara keimanan sejati dan manipulasi agama.


Siri 12 episod ini membawa naratif yang cukup berat dan mendebarkan. Ia mengisahkan perjalanan Walid, lakonan hebat Faizal Hussein, seorang bekas pemimpin ajaran sesat 'Jihad Ummah' yang melarikan diri ke kawasan pergunungan untuk membina semula pengaruhnya selepas diburu pihak berkuasa.


Selepas Fenomena 'Bidaah', Viu Bakal Kembali Hantui Penonton Dengan Thriller Agama 'Walid'

Ketegangan memuncak apabila Walid bersekutu dengan Habiburrahman (Aqasha), seorang pendakwah berkarisma yang menyembunyikan cita-cita jahat di sebalik topeng kealiman. Apa yang bermula sebagai pakatan akhirnya bertukar menjadi perang dingin apabila kedua-dua lelaki ini bersaing untuk memanipulasi kepercayaan pengikut demi kuasa mutlak.


Selepas Fenomena 'Bidaah', Viu Bakal Kembali Hantui Penonton Dengan Thriller Agama 'Walid'

Di tengah-tengah konflik ini, watak Ummi Hafizah (Marisa Yasmin) muncul sebagai bekas isteri yang cuba membetulkan akidah pengikut, manakala Ustaz Fateh (Dato’ A. Tamimi Siregar) hadir sebagai bekas mentor yang cuba menyelamatkan Walid daripada terus hanyut.


Selepas Fenomena 'Bidaah', Viu Bakal Kembali Hantui Penonton Dengan Thriller Agama 'Walid'

Barisan Pelakon Dua Negara Selain Faizal Hussein dan Aqasha, "Walid" turut membariskan pelakon gred A dari Malaysia dan Indonesia. Antara yang menjayakan siri ini termasuklah Dato’ A. Tamimi Siregar, Vanidah Imran, serta bintang sensasi Indonesia, Olla Ramlan yang memegang watak Raras Kartika.


Siri ini akan disiarkan bermula 26 Februari 2026 dengan episod baharu pada setiap hari Khamis dan Jumaat.



bottom of page