top of page

Marsya Qistina & Liza Hanim Dinobat Juara Musim Pertama Talk To My Manager, Raih Hadiah RM30,000

  • Writer: MYB
    MYB
  • 7 minit lalu
  • 2 min membaca

SHAH ALAM – Gelanggang realiti TV Astro, Talk To My Manager (TTMM), melabuhkan tirai Konsert Grand Finale dengan penuh emosi malam tadi, menyaksikan pasangan ibu dan anak, Liza Hanim dan Marsya Qistina, diangkat sebagai juara sulung program tersebut.


Marsya Qistina & Liza Hanim Dinobat Juara Musim Pertama Talk To My Manager, Raih Hadiah RM30,000

Kemenangan yang dilihat menepati ramalan peminat itu menobatkan Marsya, anak kepada penyanyi vokal Liza Hanim, sebagai scoop utama, membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi kemenangan, dan peluang eksklusif untuk merakamkan single baharu.


Apa yang paling menyentuh hati adalah ucapan yang disampaikan oleh Liza Hanim sejurus diumumkan sebagai pemenang di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Vokalis handalan itu tidak dapat menahan sebak, dengan merendah diri menyatakan bahawa kejayaan yang diraih merupakan rezeki anaknya, Marsya.


“Terima kasih kepada pihak produksi. Anda semua adalah hero. TTMM berjaya bukan kerana kami tapi kerja keras semua. Marsya, mama tak pernah menang apa-apa. Ini adalah rezeki awak,” kongsi Liza Hanim, mencerminkan nilai kasih sayang dan sokongan keluarga yang menjadi tunjang utama konsep TTMM.
Marsya Qistina & Liza Hanim Dinobat Juara Musim Pertama Talk To My Manager, Raih Hadiah RM30,000

Marsya pula menyatakan kesyukurannya dan berterima kasih kepada Astro kerana "nampak potensi Marsya dengan mama," sambil turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuklah barisan juri dan peminat.


Sementara itu, pasangan yang tidak kurang hebatnya, Shuib dan Thalita, dinobatkan sebagai naib juara, membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi. Meskipun Thalita berdepan cabaran kesihatan dan tidak dapat membuat persembahan pada malam finale akibat dijangkiti Influenza, sokongan padu yang dipamerkan oleh bapanya, Shuib, membuktikan keutuhan ikatan mereka.


Marsya Qistina & Liza Hanim Dinobat Juara Musim Pertama Talk To My Manager, Raih Hadiah RM30,000

Tempat ketiga pula menjadi milik pasangan Sharifah Shahirah dan Auddra, yang membawa pulang RM10,000. Manakala tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing diraih oleh pasangan Ameng & Ammar, Ina Naim & Hadie, dan Siti Saerah & Amad.


Finale kali ini turut mencetuskan spekulasi apabila ada yang menyangka ia diadakan untuk “menyelamatkan” peserta tertentu. Namun, menurut penerbit eksekutif Firdaus Mahadi, konsert akhir telah lama dirancang dan bukan bertujuan untuk memberi kelebihan kepada mana-mana peserta.


Marsya Qistina & Liza Hanim Dinobat Juara Musim Pertama Talk To My Manager, Raih Hadiah RM30,000

Dihoskan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi, finale TTMM diadili oleh Che Puan Sarimah serta Dato’ AC Mizal sebagai juri tetap serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri jemputan . Kejayaan TTMM musim pertama ini berjaya membuktikan bahawa bakat dan legasi dalam industri hiburan sering kali bermula dari rumah.



bottom of page