McDonald’s Malaysia Rai Pemenang Kempen Peraduan 'Gifts of Prosperity'
top of page
  • Writer's pictureMYB

McDonald’s Malaysia Rai Pemenang Kempen Peraduan 'Gifts of Prosperity'

Senarai pemenang peraduan McDonald's -Gifts of Prosperity yang telah berlangsung dari 2 Disember 2021 hingga 16 Januari 2022 lalu telah diumumkan dalam satu majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan hari ini di Putrajaya. Pertandingan ini dilancarkan bersempena dengan tahun ke-28 Burger Prosperity berada di pasaran.


Peraduan Gifts of Prosperity McDonald's.
Azman Mohammad, Pengarah Pemasaran, McDonald’s Malaysia meraikan pemenang-pemenang Peraduan Gifts of Prosperity.

Sepanjang tempoh promosi ini, pelanggan yang membuat pembelian Burger Prosperity layak untuk menyertai pertandingan ini dengan mendaftar maklumat penuh mereka di laman web berkaitan dan berpeluang untuk memenangi 'Gifts of Prosperity'. Penyertaan yang terbanyak akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama termasuk kereta Proton X-70,TV Samsung 55”, telefon pintar Samsung S21+, penapis udara Dyson, tab Samsung Galaxy S7, jam Garmin Venu S2 dan pembesar suara Bluetooth Mikro Bose Soundlink.


Majlis penyampaian hadiah pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Azman Mohammad, Pengarah Pemasaran, McDonald’s Malaysia.


Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Burger Prosperity McDonald’s telah menjadi kegemaran ramai dan sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia, sempena dengan sambutan tahun baharu. Kehadiran semula Burger Prosperity pada tahun ini bertemakan “Prosperity, No Matter What,” – membawa makna mereka yang bersama anda, bukan apa yang anda ada. McDonald’s Malaysia berpegang kepada “True Meaning of Prosperity” bagi menyambut tahun baharu yang makmur khusus untuk pelanggan-pelanggan.


Hadiah-hadiah utama yang disediakan adalah bersesuaian dengan tema “True Meaning of Prosperity” dan diharapkan pemenang-pemenang dapat menikmati kenangan istimewa dan gembira bersama keluarga dan yang tersayang.


Peraduan Gifts Of Prosperity McDonald's
Azman Mohammad, Pengarah Pemasaran, McDonald’s Malaysia (kiri) menyampaikan hadiah utama Peraduan Gifts Of Prosperity, sebuah Proton X-70, kepada pemenang bertuah En. Chee Hin Kiat (kanan).

Selain dari hadiah-hadiah utama, peraduan Gifts of Prosperity ini juga termasuk lain-lain hadiah seperti Sundae Cone percuma, Pai Epal, McChicken atau McCafe Iced Latte yang boleh dinikmati bersama rakan, keluarga dan yang tersayang semasa musim perayaan nanti.


bottom of page