• MYB

MEDIA PRIMA TOONZ Anjur Webinar Pelesenan Jenama

Media Prima Toonz (MP Toonz) ialah webinar pertama anjuran Bahagian Pelesenan dan Pembarangan (Licensing & Merchandising Division - L&M), Rangkaian Televisyen Media Prima untuk memperkenalkan harta intelek animasi yang dimiliki bersama oleh Media Prima kepada rakan-rakan penaja.



Menerusi penganjuran webinar tersebut, para peserta telah dipertontonkan tentang peranan bahagian L&M dan harta intelek yang dapat menghasilkan kandungan animasi baharu dimana rakan - rakan penaja berpeluang untuk berkolaborasi dengan Media Prima dalam pemasaran produk mereka.


Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Sejak penerokaan pertama kami ke dalam bidang animasi pada tahun 2016, kami bangga sebagai ‘ibu bapa’ dan penerbit bersama untuk dua harta intelek Malaysia yang cemerlang iaitu Alif & Sofia yang kini dapat strim secara langsung di platform penstriman Disney+ Hotstar dan mempunyai lebih daripada 360 ribu langganan di saluran rasmi YouTube serta Ejen Ali yang telah melakar kejayaan dan rekod baharu sebagai filem cereka animasi pertama dengan mengumpul lebih RM30 juta di kutipan box office semasa tayangan awalnya pada tahun 2019.


"Jutaan penghargaan diucapkan kepada penerbit bersama kami, Blindspot Studios yang telah menghasilkan Alif & Sofia dan WAU Animation yang telah memenangi pelbagai anugerah menerusi siri animasi dan filem blockbuster Ejen Ali.


"Oleh itu, kami amat teruja untuk membuka rahsia dan peluang kolaborasi dalam pelesenan jenama dengan dua jenama animasi yang memenangi anugerah dengan kandungan inovatif dan pakej pengiklanan yang strategik untuk memaksimumkan pelaburan pemasaran anda.”jelas Dato’ Khairul Anwar Salleh lanjut.


Lima speaker berpengalaman dari pelbagai bidang dijemput untuk berkongsi topik menarik dalam MPToonz ini iaitu Aziemah Azman, Pengurus Animasi, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios (The Animation Playground in Media Prima), Lukman Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Blindspot Studios (The #Ohsem World of Alif & Sofia), Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif, WAU Animation (Misi : 2022 with Ejen Ali), Yanhy Kim, Ketua Pegawai Eksekutif, WOWSHOP (Hidup Mesti Ada WOW) dan Hana Hatim, Pengurus Perniagaan, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima (Making Brand Licensing Work for You).


0 comments