top of page
  • Writer's pictureMYB

Melakar Pahala Warnai Raya Bersama SURIA FM Di Sepanjang Syawal

Suria FM kembali menyajikan seleksi program hiburan dan ilmiah yang menarik di sepanjang Syawal ini kepada para pendengar menerusi kempen ‘Melakar Pahala Warnai Raya’. Antara program istimewa adalah Carta Suria Top 40 Raya, Morning Morning Suria Raya, Suria Petang Raya, Lagu raya Suria 2023 serta video muzik ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’, disebalik tabir (BTS) dan drama raya Suria, ‘Raya Akhir’ yang boleh didengarkan menerusi frekuensi Suria FM juga di platform digital Suria antaranya laman sesawang www.suria.my, saluran YouTube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia (Facebook, Instagram, dan Tiktok).


Suria FM bakal memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pengisian pelbagai program-program menarik untuk pendengar mereka di platform radio serta digital.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), “Alhamdulillah, kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Jadi, marilah kita warnai raya yang bakal tiba dengan penuh kesyukuran sambil berhibur bersama program menarik yang bakal disajikan buat para pendengar. Mewakili Suria FM, kami ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada muslimin dan muslimat, semoga lebaran di tahun 2023 ini akan menghadiahkan keindahan dalam kehidupan khususnya kepada pendengar setia Suria FM”.


Berikut seleksi program Melakar Pahala Warnai Raya:-


Lagu Raya Suria 2023

Tarikh: 4 April 2023 - 7 April 2023

Bersempena syawal ini, Suria FM dengan kerjasama Nova Music telah mengeluarkan lagu raya nyanyian barisan penyampai Suria FM bersama artis-artis popular seperti Akim, Shila Amzah, Adira, Amir Masdi, Farra Ahmad, Ahmad Syafiq, Syeera Aziz dan Aqeesh Aleeya. Antara lagu-lagunya ialah:


1. Hari Ini Kita Raya (Ajak, Shuib, Suraya, Akim, Shila Amzah)

2. Tak Dapat Pulang Beraya (DJ Lin, Cik Piah bersama Adira)

3. Kepulangan Anakku (Rara, Tyzo bersama Amir Masdi dan Farra Ahmad)

4. Hari Raya Menjelma (Anna J, Ahmad Syafiq, Syeera Aziz dan Aqeesh Aleeya)


 


Drama Raya Suria 2023: ‘Raya Akhir’

Tarikh ditayangkan: 12 April 2023 (Rabu) Masa: 9.30 malam

Raya Akhir drama pendek tajaan Yayasan Maghfirah berkisar tentang Akhir, seorang pemuda yang mengalami perubahan sikap sehingga menimbulkan tanda tanya keluarga dan masyarakat sekeliling. Ada juga yang mengatakan bahawa Akhir terlalu sensitif terhadap dirinya, tetapi beliau semakin ke arah kebaikan dengan kerap berbual bersama ustaz juga sering ke tempat pengagihan barangan sedekah. Namun, semuanya terbongkar apabila rakan karibnya menjumpai sesuatu di dalam bilik Akhir. Jadi apakah kesudahan kepada kisah akhir? Jangan lupa saksikan Raya Akhir di platform digital Suria Malaysia!


Disebalik tabir (BTS) Drama Raya Suria 2023: ‘Raya Akhir’

Tarikh ditayangkan: 13 April 2023 (Khamis)

Masa: 9.30 malam

Jangan lupa saksikan disebalik tabir drama raya Suria 2023, ‘Raya Akhir’ yang bakal ditayangkan bulan ramadan ini dengan menampilkan barisan penyampai Suria FM bersama seniwati, Uji Rashid. Nantikan temu ramah eksklusif bersama barisan pelakon yang menceritakan watak masing-masing serta pengalaman mereka sepanjang berada di set penggambaran di Tanjung Karang, Selangor.



Video Muzik ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’

Tarikh ditayangkan: 12 April 2023 (Rabu) Masa: 5.30 petang

Pautan / Link Youtube: https://youtu.be/RRfXkS116Dg

Lagu ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’ nyanyian asal seniwati, Uji Rashid telah diangkat menjadi runut bunyi bagi drama Suria pada tahun ini dengan diberikan sentuhan yang segar menampilkan kolaborasi hebat dari barisan penyampai Suria FM, Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah, Rara. Tyzo, DJ Lin dan Anna J. Lagu berentak balada dan menyayat hati itu diangkat semula sebagai simbolik mengembalikan nostalgia lagu dari artis veteran yang kian menyepi dalam industri seni tanah air.



Carta Suria Top 40 Raya Tarikh disiarkan: 22 April 2023 (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang

Carta Suria Top 40 Raya memainkan lagu-lagu raya popular pilihan pendengar dengan menampilkan selebriti popular the Dollah dan Nabila Razali sebagai tetamu jemputan selama 4 jam pada 22 April 2023 jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.



Morning Morning Suria Raya

Tarikh disiarkan: 24 April - 28 April(Isnin - Jumaat)

Masa: 6.00 pagi - 10.00 pagi

Meriahkan pagi Raya anda bersama penyampai Morning Morning Suria, Shuib, Ajak dan Suraya, bermula Isnin hingga Jumaat, seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi! Raya kali ini lebih berseri dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air seperti Amy Mastura, Ryan Bakery dan isteri, Aizat Amdan dan isteri, Riza Amir dan isterinya Michelle Maali, juga Ustaz Don Daniyal.



Suria Petang Raya

Tarikh disiarkan: 24 April 2023 (Isnin)

Masa: 3.00 petang - 7.00 malam

Kemeriahan petang raya anda bakal dihiburkan dengan celoteh penyampai Suria Petang, Tyzo dan Rara bersama artis undangan, Amir Masdi dan Farra Ahmad pada 24 April 2023 ini dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 malam. Dengarkan mereka bercerita lebih lanjut mengenai lagu raya “Kepulangan Anakku” gandingan Amir Masdi, Farra Ahmad bersama penyampai Suria Petang!


Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia

bottom of page