Menangi Sebahagian RM30,000 Tunai Dalam Peraduan Selit Duit Suria
top of page
  • Writer's pictureMYB

Menangi Sebahagian RM30,000 Tunai Dalam Peraduan 'Selit Duit Suria'

Berita gembira untuk pendengar Suria FM! Bermula dari hari ini hingga 20 Oktober 2023, semua pendengar setia berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada RM30,000 dalam bentuk tunai segera yang ditawarkan melalui peraduan 'Selit Duit Suria'!


Selit Duit Suria
Peraduan Selit Duit Suria menawarkan hadiah bernilai RM30,000 untuk dimenangi

Suria FM ingin berkongsi rezeki dengan pendengar setia mereka dan memberi mereka ganjaran dengan cara yang paling menarik. Caranya mudah sahaja, untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, pendengar perlu mencari sekeping sampul yang diletakkan secara rawak di beberapa lokasi berbeza sekitar Lembah Klang selama satu jam.


Selepas pendengar menjumpai sampul tersebut, jangan lupa untuk terus berjumpa dengan kru Suria Wheels yang sedia menanti pendengar bertuah di lokasi dan tuntut wang tunai sebanyak RM100 dari mereka!


Sekiranya tiada pendengar yang menemui sampul tersebut, sampul akan diselitkan di lokasi lain dan wang tunai akan digandakan.


Nantikan klu pembayang bagi setiap lokasi dan segala info tambahan di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang, Suria Cinta juga di laman sosial Suria Malaysia.


Lebih menarik, pemenang juga berpeluang untuk memenangi hadiah bertuah di waktu bonus dengan hanya menyebut kata laluan kepada kru Suria Wheels yang dikongsikan di Instagram Suria FM bagi melayakkan diri ke pusingan ini!


Syarat dan terma peraduan Selit Duit Suria

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra dengan panggilan Dj Lin, sebanyak RM60,000 diperuntukkan kali ini kepada pendengar setia Suria FM menerusi dua buah peraduan iaitu 'Tangkap Duit Suria' dan 'Selit Duit Suria'. Peraduan 'Selit Duit Suria', dijalankan dengan format bebeza dari peraduan yang pernah Suria FM adakan sebelum ini.


"Sebenarnya kali ini kita nak 'fun-fun' dengan pendengar kami. Kalau nak bagi terus, kemeriahannya mungkin tak dirasa. Jadi pendengar perlu exercise dan ada effort sedikit untuk cari dimana sampul duit Suria yang kami tinggalkan.


"Untuk edisi pertama ini kita mulakan dengan kawasan Lembah Kelang namun sekiranya ada perancangan untuk dibuat di kawasan luar dari sini, kami akan maklumkan dari masa ke semasa," jelas Dj Lin.


VIDEO |


Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Selit Duit Suria, pendengar boleh melayari laman sesawang suria.my dan laman sosial Suria Malaysia:-


Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia

bottom of page