• MYB

Misi Memikat Hati Bakal Abang-Abang Ipar Dalam 'Tumpang Lalu Bang'

Updated: Jan 27

Menyusuli ‘Oh My Hantaran’, drama bersiri baharu gandingan Tomok dan Kilafairy dalam TUMPANG LALU BANG akan mula bersiaran menerusi slot Diandra, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 2 Februari 2022.


Drama 'Tumpang Lalu Bang'
Saat Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Saksikan drama Tumpang Lalu Bang di Slot Diandra TV9 mulai 2 Februari 2022.

Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, diarahkan oleh (Eoon Shuhaini), nukilan skrip oleh Wan Mahani dan menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz, Qi Razali, Danial Dashuki, Ziana Zain dan ramai lagi.


SINOPSIS

TUMPANG LALU BANG mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.


Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam.



Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?


Jangan ketinggalan untuk menonton drama romantik komedi ini, TUMPANG LALU BANG menerusi slot Diandra TV9, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 2 Februari 2022. .


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.


0 comments