top of page

MR NUSANTARA Gegar KL: Pertandingan Lelaki Paling Gah Serantau Kini Bermula!

  • Writer: MYB
    MYB
  • 1 hari lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi pusat tumpuan dunia glamor lelaki apabila syarikat pengurusan bakat dan acara antarabangsa, Beam Artistes, menganjurkan edisi sulung pertandingan raja sejagat paling berprestij di rantau ini - MR NUSANTARA 2025.


MR NUSANTARA Gegar KL: Pertandingan Lelaki Paling Gah Serantau Kini Bermula!
36 finalis dari 3 negara bakal beraksi merebut kejuaraan Mr Nusantara 2025

Dengan tema ‘Serumpun Nusantara’, pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan ketampanan, malah mengetengahkan kepelbagaian budaya, kecekalan dan semangat persaudaraan serantau.


Bertempat di Centrestage, Sungei Wang Plaza, sidang media dan upacara pemakaian selempang rasmi telah menyaksikan penyertaan serentak dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, menjadikan ini pertandingan lelaki paling besar dan unik pernah dianjurkan di rantau Nusantara.


Seramai 36 peserta dari tiga negara akan berentap demi mahkota kebangsaan masing-masing dan peluang untuk dinobatkan sebagai Mr Nusantara Champion 2025. Malaysia dan Singapura masing-masing menghantar 15 wakil, manakala Indonesia diwakili oleh 6 peserta susulan insiden tidak dijangka yang mengurangkan bilangan asal peserta.



Antara finalis yang mewakili Malaysia terdiri dari Lee Chee Kiong dari Tawau, Sabah yang berusia 55 tahun dan merupakan peserta senior. Beliau adalah seorang pengamal kecergasan yang juga pernah menyertai lebih 50 pertandingan bina badan.


Turut menarik perhatian ialah Azwan Ismail, 47 tahun, seorang usahawan dari Alor Setar yang pernah mengembara ke lebih 50 negara, dan Thamil Chelvan, 29 tahun, seorang usahawan pusat kecergasan dari Kulim yang mahu membuktikan transformasi diri adalah mungkin.


Menurut Samuel Seow, Ketua Pegawai Eksekutif Beam Artistes dan pengasas Mr Nusantara, "Mr Nusantara bukan sekadar pertandingan kecantikan. Ia adalah perayaan warisan bersama dan semangat serumpun. Ini satu simbol perpaduan dan kebanggaan rantau Melayu yang harus diraikan bersama."


MR NUSANTARA Gegar KL: Pertandingan Lelaki Paling Gah Serantau Kini Bermula!

Apa yang menarik, pertandingan ini menggunakan format yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Selepas ketiga-tiga pemenang negara dipilih - Mr Malaysia Nusantara, Mr Singapore Nusantara dan Mr Indonesia Nusantara, finalis akan bersaing untuk gelaran utama Mr Nusantara Champion melalui undian dalam talian sepenuhnya.


"Ini adalah kali pertama sebuah pertandingan memberikan kuasa penuh kepada peminat untuk menentukan pemenang akhir," jelas Seow


Pemenang akhir akan membawa pulang hadiah wang tunai dan sebuah kereta baharu bernilai USD80,000, menjadikannya antara pertandingan lelaki paling lumayan di Asia Tenggara.


Pertandingan akhir akan berlangsung pada 29 Mei 2025, Khamis, jam 6.00 petang di Galaxy Ballroom, HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur yang turut akan dimeriahkan dengan persembahan kumpulan DOLLA.


Acara ini disokong oleh pelbagai penaja utama termasuk A.M Aesthetics dan Alluora skincare, dengan kerjasama hotel rasmi Steg Kuala Lumpur dan berbagai rakan kongsi lain.

Tiket dan butiran undian boleh didapati di www.thevotique.com.



MR NUSANTARA Gegar KL: Pertandingan Lelaki Paling Gah Serantau Kini Bermula!

Grand Final:


📍 Lokasi: Galaxy Banquet Hall @ HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur

📅 Tarikh: 29 Mei 2025

🎤 Artis Jemputan: DOLLA

🍽️ Hidangan: Sajian Malaysia

🔗 Undian & Tiket: www.thevotique.com





bottom of page