Muaz Emporium Lancar Jenama Baharu, Gandingkan Aaron Aziz dan Siti Saleha Sebagai Duta
- MYB
- 21 Sep
- 1 min membaca
KUALA LUMPUR – Muaz Emporium, jenama yang sudah sinonim dengan dunia fesyen tempatan sejak 1993, sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan jenama terbaharu mereka, Muaz Exclusive, dalam satu majlis penuh prestij di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pelancaran Muaz Exclusive bukan sekadar memperkenalkan lebih 100 koleksi pakaian mewah pada harga mampu milik, malah turut menampilkan satu kejutan istimewa yang merupakan koleksi baju Melayu eksklusif RTW (Ready-To-Wear) yang ditawarkan pada harga serendah RM97.80, dengan pilihan sehingga 30 warna menarik.
Walaupun nilai sebenar koleksi ini dianggarkan mencecah RM189.90, Muaz Emporium tetap komited memastikan harga kekal berpatutan agar dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Pelancaran Muaz Exclusive adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan setia dan komitmen untuk menawarkan fesyen premium pada harga yang mampu dimiliki semua,” kata wakil Muaz Emporium.
Lebih menarik, Muaz Exclusive turut mengumumkan pelantikan dua ikon terkenal tanah air, Dato’ Aaron Aziz dan Siti Saleha, sebagai duta rasmi jenama. Kehadiran mereka bukan sahaja menambah nilai eksklusif, malah memperkukuh aspirasi Muaz untuk terus mengangkat martabat fesyen tempatan ke tahap lebih tinggi.
Dengan pelancaran ini, Muaz Emporium sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai jenama fesyen tempatan yang dipercayai dan sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia.









Komen