top of page
Writer's pictureMYB

Muzik-Muzik 39: Hanya 10 Slot Ke AJL 39 Untuk 30 Lagu Terpilih!

Pertarungan sengit bakal berlangsung di pentas Muzik-Muzik 39 apabila 30 lagu terbaik tanah air akan berentap dalam pusingan separuh akhir pada 14 dan 15 November ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, format baharu kali ini hanya membenarkan 10 lagu terbaik sahaja layak ke pentas prestij Anugerah Juara Lagu 39 (AJL 39).


Muzik-Muzik 39: Hanya 10 Slot Ke AJL 39 Untuk 30 Lagu Terpilih!
30 lagu bakal berentap dalam Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir! Siapa akan mara ke AJL 39?!

Siaran langsung yang akan berlangsung di Studio Glenmarie, Shah Alam ini bakal menampilkan kombinasi mantap hos popular, Izzue Islam dan Fiza Frizzy. Persembahan istimewa daripada penyanyi sensasi, Ayda Jebat, turut dijadualkan untuk memeriahkan acara ini.


Antara nama-nama besar yang bakal bersaing termasuklah Sarah Suhairi & Alfie Zumi dengan lagu "Sah", Akim Ahmad & Stacy membawakan "Ritma & Rima", serta Marsha Milan dengan dua pencalonan menerusi lagu "Dulu Kini dan Akhirnya" dan "Hening Rindu". Turut berentap ialah penyanyi veteran Tomok & Siti Nordiana dengan "Memori Mungkin Berulang" dan Ernie Zakri menerusi "Aura".



Russell Mark Rodrigues selaku pengurus projek, bersama Nurhul Huda Hj Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira sebagai penerbit akan memastikan kelancaran program ini. Kerjasama dengan rakan media OhBulan!, XTRA, dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio dijangka akan meningkatkan lagi keberkesanan promosi program ini.


Peminat boleh menyaksikan pertarungan sengit ini secara langsung di TV3 dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam, atau melalui strim HD di www.tonton.com.my. Dengan format baharu dan hanya 10 slot yang ditawarkan ke AJL 39, persaingan dijangka akan lebih sengit dan menjanjikan persembahan yang lebih memukau daripada para artis.



0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page