Naim Daniel Dan Joe Flizzow Bersatu Dalam 'Habis Sini'
top of page
  • Writer's pictureMYB

Naim Daniel Dan Joe Flizzow Bersatu Dalam 'Habis Sini'

World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Def Jam Recordings mengumumkan, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Naim Daniel telah bekerjasama dengan Joe Flizzow untuk mengeluarkan single baharu iaitu HABIS SINI, menandakan kerjasama rasmi pertama antara kedua-dua penghibur itu.


Naim Daniel dan Joe Flizzow
“Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuju untuk menyertai saya untuk kolaborasi ini. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya,” Naim Daniel.

HABIS SINI merupakan karya yang dieksperimen oleh Naim Daniel untuk mendapatkan elemen baharu dari dunia Hip Hop selepas mendapat sambutan yang baik dalam genre balada.


Kemunculan Joe Flizzow juga tidak dirancang dari awal, berikutan lagu ini sendiri sudah lama dihasilkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Proses rakaman HABIS SINI dilakukan pada bulan Ramadan 2021 dengan hanya satu sesi sahaja.


Kata Naim, produksi musik yang dikelola oleh Mas Dewangga dan SonaOne telah memberi satu pengalaman baru, terutama dari SonaOne sendiri kerana ini merupakan kerjasama pertama mereka.


HABIS SINI mengisahkan tentang bagaimana dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan manusia yang leka dengan menyebarkan aib dan kebencian kepada orang lain tanpa mengetahui kebenaran yang sebenarnya.



Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel dan Joe Flizzow, HABIS SINI kini boleh didapati dan dimuat turun di semua platform penstriman seperti Spotify, Apple Music, Youtube, Joox dan lain-lain bermula 2 Februari 2022.


Manakala muzik video HABIS SINI telah dilancarkan pada tarikh yang sama di saluran Youtube World Peace Entertainment pada 8.00 malam pada hari yang sama

bottom of page