top of page
Writer's pictureMYB

Nikki, Suki, Aliff dan Adibah Noor Tepati Ramalan Mara Ke Akhir GV8



Episod Separuh Akhir GV8 berakhir semalam dengan 4 peserta yang dijangka akan mara hingga ke peringkat akhir pertandingan itu, benar benar menepati ramalan. Pada segmen terakhir episod program tersebut, Nikki, Suki, Aliff dan Adibah Noor diumumkan sebagai 4 peserta yang berjaya mara ke peringkat Akhir GV8 pada minggu hadapan.



Aweera mencipta kejutan malam semalam apabila diumumkan sebagai juara mingguan dengan markah 81.3% sekaligus melangkah selesa ke peringkat akhir.





Menurut ketua juri, Datuk Ramli MS , persembahan Aweera menunjukkan peningkatan sejak 2 minggu lalu. Malam semalam, Aweera menyampaikan 2 buah lagu, ‘Gilakan Kau’ nyanyian asal Amy Search dan ‘Fantasia Bulan Madu’, nyanyian asal Kumpulan Search.

Sementara itu seorang lagi peserta yang mara ke peringkat akhir GV8 iaitu Azan Scan dengan markah 69.70%. Azan memberikan persembahan bertenaga melalui lagu ‘Enigma’ nyanyian asal Kumpulan Wings dan ‘Permaidani’ oleh Aris Ariwatan.




Episod Separuh Akhir GV8 turut menyaksikan penyingkiran berganda apabila Shidee dan Ani Maiyuni diumumkan sebagai dua peserta tersingkir sekali gus menamatkan kemaraan dalam pertandingan tersebut.


Semasa sidang media pada akhir program itu, kedua-dua peserta dilihat berlapang dada menerima keputusan sebulat suara oleh juri. Ani Maiyuni memperoleh 61% markah, manakala Shidee pula berjaya meraih 58.3% markah.





Markah keseluruhan peserta episod separuh akhir GV8.



Episod akhir GV8 yang bakal berlansung minggu depan bakal menyaksikan enam finalis berentap untuk merebut kejuaraan musim ini. Siapa bakal jadi juara?.



Kommentare


bottom of page