Musim perayaan kini kembali mengetuk pintu, dan Putrajaya Marriott Hotel tampil dengan penawaran istimewa yang pasti menggembirakan para pencinta makanan. Hotel bertaraf antarabangsa ini telah memperkenalkan dua pengalaman bersantap yang mengujakan - sambutan Krismas di restoran baharu mereka, Zest Lifestyle, dan sambutan tahun baharu yang menawarkan konsep 'Pay One Price' untuk tiga restoran berbeza.
Zest Lifestyle, restoran terbaharu hotel ini, kini membawakan suasana perayaan Krismas dengan bufet istimewa yang berlangsung sepanjang bulan Disember. Bermula dari 1 hingga 30 Disember 2024, para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan antarabangsa termasuk makanan laut segar, hidangan panggang, dan pelbagai pilihan menu yang menggoda selera.
Pada hari-hari biasa (Ahad hingga Khamis), bufet makan malam ini ditawarkan pada harga RM158 bersih untuk dewasa dan RM79 bersih untuk kanak-kanak. Harga meningkat sedikit pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) kepada RM178 bersih untuk dewasa dan RM89 bersih untuk kanak-kanak.
Bagi mereka yang ingin meraikan malam Krismas, bufet makan malam khas pada 24 Disember 2024 ditawarkan pada harga RM198 bersih untuk dewasa dan RM99 bersih untuk kanak-kanak. Manakala pada hari Krismas, tetamu boleh menikmati Festive Bubbly Lunch dengan harga RM168 bersih untuk dewasa dan RM84 bersih untuk kanak-kanak.
Menjelang sambutan tahun baharu pula, Putrajaya Marriott Hotel memperkenalkan konsep unik yang membolehkan tetamu menikmati hidangan dari tiga restoran berbeza dengan satu harga.
Zest Lifestyle menawarkan pelbagai hidangan antarabangsa termasuk makanan laut segar, stesen memotong daging, dan bufet pencuci mulut yang menggiurkan. Summer Palace pula membawakan kelazatan masakan Cina dengan hidangan dim sum premium, makanan BBQ, dan pelbagai hidangan utama yang istimewa. Manakala di Midori, para tetamu boleh menikmati kesegaran sushi dan sashimi, tempura, dan hidangan teppanyaki yang disediakan khas untuk sambutan tahun baharu.
Yang menariknya, setiap restoran ini menawarkan pengalaman bersantap yang unik. Di Zest, tetamu boleh merasai kelazatan Puerto Rican beef stew dan Brazilian seafood Moqueca. Summer Palace pula menyajikan hidangan seperti sup bunga Cordyceps dengan daging ketam US, manakala Midori menghidangkan Wagyu A5 Yakimeshi dan Shimomura-Gyu Khushiyaki yang eksklusif.
Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman kulinari yang istimewa ini, tempahan boleh dibuat melalui talian 03-8949 8888 sambungan 1888 atau WhatsApp ke +6011 5685 5608. Dengan pelbagai pilihan hidangan yang menggoda dan suasana yang meriah, Putrajaya Marriott Hotel sememangnya destinasi yang sempurna untuk meraikan detik-detik terakhir tahun 2024 bersama orang tersayang.
Comments