Nikmati Drama Dan Filem Terhebat Korea Di Astro Pada Mei Ini
top of page
  • Writer's pictureMYB

Nikmati Drama Dan Filem Terhebat Korea Di Astro Pada Mei Ini

Bulan Mei ini, semua peminat hiburan Korea boleh menikmati drama dan filem terhebat Korea yang ditayangkan di Astro menerusi KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan di Astro GO.



Peminat boleh menikmati drama dan filem terhebat, termasuk drama romantik komedi Oh Youngsim, yang ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Song Ha-yoon, Lee Donghae, Lee Min-jae dan Jung Woo-yeon, bermula 16 Mei di K-Plus (Ch 396 HD).


Sementara itu drama seram Delightfully Deceitful pula akan ditayangkan 24 jam selepas Korea, membariskan Chun Woo-hee, Kim Dong-wook, Yoon Park, Lee Yeon dan Park So-jin, bermula 30 Mei di tvN (Saluran 395 HD). Manakala drama romantik komedi All That We Loved, pula akan ditayangkan 24 jam selepas Korea, membariskan Oh Se-hun, Cho Jun-young, Jang Yeo-bin, bermula 6 Mei di tvN (Saluran 395 HD).


Drama persahabatan Oasis, yang dibintangi Jang Dong-Yoon, Seol In-A, Choo Yeong-Woo, bermula 9 Mei boleh ditonton di KBS World (Saluran 392 HD). Sementara itu, drama romantik Extraordinary You, yang menampilkan Kim Hye Yoon, Rowoon, Lee Jae Wook, akan bersiaran mulai 18 Mei di ONE (Saluran 393 HD).


Untuk seleksi filem filem menarik, penonton boleh menonton filem aksi Friend: The Great Legacy, yang menampilkan Yoo Oh-Sung, Joo Jin-Mo, Kim Woo-Bin, pada 6 Mei di tvN Movies (Saluran 416 HD). Sementa itu, filem komedi Men of Plastic, yang dibintangi Don Lee, Jung Kyung-ho, Oh Na-Ra, Choi Byung-Mo, Oh Yeon-Seo, akan bersiaran pada 13 Mei di tvN Movies (Saluran 416 HD).


Manakala filem romantik komedi Marriage Blue, yang dilakonkan oleh Kim Kang-Woo, Kim Hyo-Jin, Ju Ji-Hoon, Lee Yeon-Hee, Ok Taec-Yeon, akan bersiaran pada 20 Mei di tvN Movies (Saluran 416 HD). Filem kekeluargaan The Highway Family, yang menampilkan Ra Mi-Ran, Jung Il-Woo, Kim Seul-Ki, pada 27 Mei di tvN Movies (Saluran 416 HD).


Untuk sebarang maklumat lanjut sila layari layari content.astro.com.my

bottom of page