top of page

“Old Love” Tak Menang AIM24? RIM Jelaskan Isu Kod ISRC Jadi Punca

  • Writer: MYB
    MYB
  • 19 Sep
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR — Kontoversi lagu hit “Old Love” nyanyian Yuji dan Putri Dahlia yang mencatat lebih 360 juta penstriman mengejutkan ramai apabila tidak memenangi kategori “Lagu Paling Banyak Distrim” di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24). Menyusul kekecewaan yang diluahkan oleh Yuji, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) tampil menjelaskan isu yang menjadi punca, iaitu berkaitan dengan Kod Rakaman Standard Antarabangsa (ISRC) lagu tersebut.


“Old Love” Tak Menang AIM24? RIM Jelaskan Isu Kod ISRC Jadi Punca

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, RIM mendedahkan bahawa kemenangan dalam kategori Lagu Strim Paling Tinggi ditentukan oleh data penstriman yang dikumpul secara automatik. Namun, "Old Love" tidak disenaraikan dalam Carta Domestik rasmi RIM kerana isu pendaftaran ISRC.


ISRC (International Standard Recording Code) merupakan kod pengenalan unik bagi setiap rakaman audio dan video muzik. Kod ini berfungsi sebagai “cap jari digital” yang membolehkan penjejakan tepat terhadap jualan, penstriman dan royalti di pelbagai platform.


Untuk lagu-lagu diiktiraf sebagai keluaran tempatan Malaysia dalam Carta Domestik RIM, kod ISRC mestilah bermula dengan awalan negara “MY”. Namun, lagu “Old Love” didaftarkan dengan tiga kod ISRC berlainan yang bermula dengan awalan negara asing seperti “SE”, “TL” dan “QZ”. Akibatnya, sistem automatik tidak mengenal pasti lagu tersebut sebagai lagu tempatan, sekali gus menyebabkan ia tidak diambil kira dalam kategori anugerah tersebut.


“Old Love” Tak Menang AIM24? RIM Jelaskan Isu Kod ISRC Jadi Punca

RIM mengambil maklum atas kebimbangan yang dibangkitkan dan menekankan peri pentingnya pendaftaran ISRC melalui badan mereka bagi semua rakaman yang dihasilkan di Malaysia.


RIM menggalakkan semua pemain industri muzik, termasuk syarikat rakaman, pengedar, dan artis bebas, untuk bekerjasama rapat dengan mereka bagi memastikan pengekodan ISRC yang betul dengan awalan "MY" untuk lagu-lagu tempatan. Langkah ini penting bagi memastikan hasil kerja artis tempatan mendapat pengiktirafan sewajarnya dalam carta rasmi industri muzik dan anugerah.



Komen


bottom of page