top of page
Writer's pictureMYB

'One in a Million' Kembali Dengan Hadiah Terbesar Dalam Sejarah TV Malaysia!

Updated: 6 Nov

Calpis Soda, jenama minuman kultur berkarbonat baharu di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kembalinya program realiti muzik ikonik "One In A Million" (OIAM) selepas 15 tahun. Kini, Calpis Soda One In A Million hadir dengan format baharu yang segar dan ganjaran luar biasa untuk menginspirasi pemuzik berbakat di seluruh negara.


One in a Million

Dengan hadiah utama bernilai RM1 juta, program ini menjadi yang terbesar dan paling berprestij di Malaysia. Juara bakal membawa pulang pelbagai ganjaran, antaranya wang tunai RM500,000, sebuah kereta, dan kontrak rakaman bernilai RM400,000, serta peluang untuk bekerjasama dengan artis dari Indonesia.


Lebih menarik, Calpis Soda One In A Million turut menawarkan peluang bagi penonton untuk memenangi sebuah kereta setiap minggu, menjadikan keseluruhannya 7 buah kereta yang akan diberikan sepanjang musim rancangan ini!


"Visi kami adalah untuk membawa jenama Calpis Soda dikenali di seluruh Malaysia, seiring dengan kualiti dan hiburan, membawa kebahagiaan dan inspirasi kepada penonton di seluruh negara," ujar Encik Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.


Melalui kerjasama erat bersama Media Prima, Calpis Soda komited untuk mencipta pengalaman tontonan yang dinamik, mendalam dan menarik, serta menghiburkan yang menyatukan pelbagai generasi melalui kuasa hiburan muzik dan drama realiti.


"Apa yang benar-benar luar biasa tentang One in A Million ialah ia bukan sekadar mengiktiraf juara, tetapi adalah platform melahirkan bakat luar biasa seperti Yuna. Impian saya adalah untuk melihat lebih ramai lagi bakat yang lahir dari Calpis Soda One In a Million untuk dekad akan datang," tambah Santharuban.



Tidak ketinggalan, penonton turut berpeluang menikmati pelbagai kelainan sepanjang program ini, termasuklah kemunculan pengacara baharu Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, serta juri lagenda industri muzik Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain.


Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, "Kami berhasrat untuk membawa kegembiraan bukan hanya kepada peserta, tetapi juga penonton, dengan hadiah mingguan berupa kereta untuk memeriahkan suasana pada musim ini!"


Calpis Soda One In A Million akan mula ditayangkan di TV3 pada bulan Disember ini. Bakat-bakat muda yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghadiri sesi uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara bermula minggu ini.



0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page