OPPO Lancar Siri Oppo Reno7 5G Ke Pasaran Malaysia
top of page
  • Writer's pictureMYB

OPPO Lancar Siri Oppo Reno7 5G Ke Pasaran Malaysia

Oppo telah melancarkan siri Oppo Reno7 5G secara rasmi di Malaysia semalam. Oppo Reno7 5G ialah siri kelas pertengahan premium baharu mereka yang dikuasakan oleh pemproses MediaTek dengan 5G.


Majlis pelancaran Siri Oppo Reno7 5G di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya semalam

​Varian

Harga

​Oppo Reno7 5G 8GB RAM + 256GB Setoran

RM1,999

Oppo Reno7 Pro 5G 12GB RAM + 256GB Setoran

​RM 2,999

Siri Oppo Reno7 5G ditawarkan dalam warna Starry Black dan Startrails Blue. Sementara Oppo Reno7 Pro 5G pula boleh didapati dalam warna Starlight Black dan Stairtrails Blue. Kedua-dua peranti tersedia untuk pra-pesanan bermula 22 Februari 2022 di kedai rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.


Siri Oppo Reno7 5G merupakan alternatif buat mereka yang mencari peranti lebih mampu milik dan “padat” yang didatangkan dengan paparan AMOLED HD+ Penuh 6.4″ yang menawarkan kadar penyegaran 90Hz. Peranti ini digerakkan menggunakan MediaTek Dimensity 900 6nm yang sebelum ini dikuasakan pada siri Reno 6, keluaran tahun lalu. Peranti ini dipadankan dengan 8GB LPDDR4X RAM dan 128GB storan UFS 2.2 yang boleh dikembangkan melalui kad mikroSD.


Siri Oppo Reno7 5G dilengkapi dengan tiga kamera yang menampilkan kamera utama 64MP, kamera sudut ultra lebar 8MP dan lensa makro 2MP. Sama seperti Reno 7 Pro, ia juga mendapat kamera swafoto 32MP yang terletak di dalam lubang tebuk.


Siri Oppo Reno7 5G dikuasakan dengan bateri sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 65W melalui USB-C. Ia juga menyokong 5G, WiFi 6, NFC, Bluetooth 5.2, dan ia masih mengekalkan bicu fon kepala 3.5mm.


Sementara itu, Siri Oppo Reno7 Pro 5G merupakan peranti berspesifikasi lebih tinggi dan ia mempuynyai reka bentuk pinggir rata yang kelihatan lebih industri. Ia menampilkan paparan AMOLED HD+ Penuh 6.55″ yang turut menawarkan kadar penyegaran 90Hz. Peranti ini digerak menggunakan pemproses MediaTek Dimensity 1200-MAX kelas perdana 6nm yang dipadankan dengan 12GB LPDDR4x RAM dan 256GB storan UFS 3.1. Jika anda memerlukan lebih banyak RAM, pengguna boleh mengembangkan sehingga 7GB tambahan dengan ciri teknologi Penambahan RAM.


Oppo Reno7 Pro juga disediakan dengan tiga kamera yang merangkumi kamera utama 50MP Sony IMX766 1/1.56″ yang serupa dengan apa yang terdapat pada siri Oppo Find X3 Pro. Peranti ini turut disertakan dengan lensa sudut ultra lebar 8MP dan penembak makro 2MP. Sementara itu, lubang tebuk kecil di penjuru kiri sebelah atas skrin menempatkan penembak swafoto Sony IMX709 32MP.


Peranti ini dijanakan kuasa bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC Oppo melalui USB-C. Menurut Oppo, pengguna boleh mendapatkan caj 100% dalam masa 31 minit sahaja. Selain sambungan 5G berkelajuan tinggi, ia menyokong WiFi 6, NFC dan Bluetooth 5.2.


Sebagai sebahagian daripada siri pertama untuk ColorOS12 baharu, siri Oppo Reno 7 5G dan Oppo Reno 7 Pro 5G menawarkan kecekapan pintar, kelancaran tanpa tandingan dan mengukuhkan privasi untuk pengalaman telefon pintar tanpa had.



Sebagai sebahagian daripada promosi pra-pesanan Oppo Reno 7Series bermula dari 22 Februari hingga 4 Mac 2022, Oppo Malaysia menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,406. Ini termasuk Enco Buds (bernilai RM159), Beg Reno (bernilai RM109), Oppo Care (perlindungan kerosakan skrin 1 tahun bernilai RM139) dan keistimewaan tambahan buat ahli MyOppo (bernilai sehingga RM999). Selain itu, Oppo juga menawarkan keistimewaan eksklusif pada mereka yang membuat pebelian di Oppo Brand Store seperti diskaun 50% untuk Oppo Watch Free dan Oppo Enco Air 2, dan beg tote Reno 7 percuma.



bottom of page