top of page
  • Writer's pictureMYB

Pamungkas Kembali Bawa Mimpi Ke Kuala Lumpur

Dalam pertemuannya bersama para peminat di Kuala Lumpur pada September tahun lalu, sosok penyanyi dari indonesia, Pamungkas ada meninggalkan kata-kata terkesan di hati para peminatnya.


Pamungkas

Jejaka berusia 30 tahun dengan suara seksi dan bakat yang mengagumkan ini menyatakan bahawa semua orang mempunyai mimpi tersendiri. Dengan usaha, angan-angan serta mimpi itu boleh berubah menjadi realiti.



Mungkin berkat doa dan pengumpulan doa angan-angan peminat setianya di Kuala Lumpur, Pamungkas hadir lagi menjadikan rindu mereka sebuah leraian realiti. Tetapi kali ini lebih hebat dan luar biasa pukulannya, kerana penyanyi kelahiran Jakarta ini akan bertemu mata dengan peminatnya di sebuah lokasi kegemaran ramai- Zepp Kuala Lumpur. Sebuah lokasi yang menjadi idaman ramai pemuzik Malaysia dan luar untuk berkongsi rasa dan karya mereka dalam satu ruangan.


Shiraz Projects dengan bangganya membawakan Pamungkas kali ini di Kuala Lumpur dalam sebuah konsert dengan judul NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS pada 4 Mei 2023, Khamis, pukul 8.30 malam.


Menariknya Pamungkas kali ini muncul sebagai artis pertama dalam siri NUSA FEST, sebuah festival yang turut akan berlangsung tahun ini dan akan menghimpunkan pelbagai artis dari tiga buah negara. “Melihatkan sambutan yang diberikan kepada Pamungkas tahun lalu, pihak Shiraz Projects dengan bangganya membawa vokalis ini bersama band-nya ke sebuah lokasi yang lebih “intimate” dan menjadi idaman setiap pemuzik.


"Saya percaya bahawa lokasi tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang kaya dengan bunyi-bunyian yang padat dan visual menarik yang akan menambahkan galau para peminat menghayati setiap bait lirik dan melodi hasil kreativiti dan kepintaran Pamungkas sebagai pemuzik,” ujar Shirazdeen Karim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects.


Melihatkan kejayaan Birdy South East Asia Tour yang merangkaikan 12 lokasi persembahan Pamungkas antaranya Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan berakhir pada 25 Februari lalu di Jakarta, Pamungkas dipilih sebagai pembuka pula untuk siri NUSA FEST kelolaan Shiraz Projects.


Pastinya lagu-lagu Pamungkas seperti To The Bone, I Love You but I’m Letting Go, Kenangan Manis, Sorry dan One Only akan dinyanyikan bersama-sama di Zepp Kuala Lumpur kelak dengan sepenuh hati atau pecahan jiwa bagi peminat yang sudah mengunyah lumat setiap bait-bait lirik dan melodi Pamungkas yang sering membikin kacau perasaan mereka.


Manakan tidak, Lagu To The Bone milik Pamungkas diangkat sebagai lagu paling banyak didengari di Spotify dan memecah rekod pada tahun 2021. Lagu tetsebut juga menduduki tangga paling lama Lagu Indonesia Top 50.


Dari data yang pernah dikongsi oleh Pamungkas di media sosial Instagramnya, @pamunqkas, karyanya di Spotify didengarkan di 176 negara di dunia. Sebelumnya, Pamungkas juga menjadi pemuzik dengan lagu paling banyak didengarkan di tahun 2020.



 

NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS

Tarikh : 4 Mei 2023

Venue : Zepp Kuala Lumpur

Harga tiket : RM500 (Meet and Greet)

RM200 (Diamond)

RM150 (Platinum)

RM200 (Gold)

RM150 (Silver)

Facebook : shirazprojects

Instagram :shirazprojects

Tiket akan mula dijual pada 17 Mac 2023, pukul 2 petang.

 

Untuk sebarang keterangan lanjut,sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari platform sosial media Shiraz Projects.

Comments


bottom of page