Pelawak Hamdan Senario Meninggal Dunia
top of page
  • Writer's pictureMYB

Pelawak Hamdan Senario Meninggal Dunia

Industri hiburan Malaysia meratapi pemergian salah seorang pelawak kesayangan ramai yang merupakan ahli kumpulan komedi terkenal Senario, Hamdan Ramli. Pelawak berusia 55 tahun itu meninggal dunia hari ini pada 12:50 tengah hari di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.


Senario
Hamdan Ramli

Laporan berita tempatan melaporkan Azlee Jaafar, yang lebih dikenali sebagai Azlee yang juga merupakan salah seorang dari anggota kumpulan komedi tersebut, mengesahkan berita pemergian Hamdan.


Kesihatan Hamdan semakin merosot sejak sekian lama. Pada 31 Disember, beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA Johor Bahru kerana komplikasi berkaitan masalah buah pinggang.



Hamdan, dijadualkan untuk bersama-sama aggota kumpulan Senario yang lain, di Johor Bahru bagi menganjurkan program "Wonderful Night with Senariounion", sebuah acara amal bersempena sambutan ulangtahun ke-27 Senario.


Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat orang cahaya mata


bottom of page