Pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 Tawar Hadiah Lumayan RM200 Ribu
top of page
  • Writer's pictureMYB

Pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 Tawar Hadiah Lumayan RM200 Ribu

Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy, bakal menganjurkan pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022


Sesi uji bakat untuk pencarian peserta pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 bakal diadakan secara atas talian bermula 18 April sehingga 22 May 2022

Sesi ujibakat bagi mencari peserta pertandingan ini bakal dijalankan secara dalam talian dan fizikal akan bermula April ini, program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak.


Peserta yang mempunyai bakat dalam bidang seni seperti nyanyian, tarian, persembahan silap mata dan berbagai lagi adalah dialu-alukan untuk mengambil bahagian.


Antara panel hakim yang akan terlibat dalam sesi uji bakat tersebut ialah Dr. Casey Broadway, Pengasas Broadway Academy di Malaysia, Encik Ryon Lee, penulis skrip dan , Encik Ayez Shaukat, pengarah filem serta pengarah aksi terkenal merangkap pelakon dan ramai lagi.


Pengasas Bersama dan Penerbit Eksekutif Quinton Academy, Aron Koh dalam satu kenyataan berkata, objektif ini dilakukan bagi mengumpulkan bakat seni di seluruh Asia Tenggara bagi menghasilkan kerja yang lebih hebat.


Aron Koh, Pengasas Bersama dan Penerbit Eksekutif Quinton Academy

“Kami percaya peluang dalam industri hiburan tidak berkesudahan. Cineplus ialah platform untuk mempamerkan individu berbakat dan program berkualiti. Kami mahu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang mahu mendedahkan bakat mereka bersama kami,” katanya.


Malah, pihaknya juga optimis bahawa akademi tersebut melatih pelajar dan penghibur amatur agar mereka dapat berada pada tahap standing dengan artis persembahan dan pasukan kreatif di Amerika dan seluruh dunia.


Peserta Celebrity Superstar Asia 2022 berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM200,000 termasuk wang tunai, kursus di Quinton Academy dan kontrak meneruskan kerjaya mereka dalam industri hiburan.


Pada masa sama, penganjuran Celebrity Superstar Asia 2022 ini juga antara lain dilihat mampu mengumpul sekali gus menyatukan bakat tanpa mengira bangsa.


Maklumat lanjut berkenaannya boleh didapati di Facebook dan Instagram rasmi Quinton Academy dan Lomo Pictures.

bottom of page