Program 'Morning Morning Suria Belanja Makan' Terima Sambutan Lebih 500 Peminat Suria FM
top of page
  • Writer's pictureMYB

Program 'Morning Morning Suria Belanja Makan' Terima Sambutan Lebih 500 Peminat Suria FM

Lebih 500 peminat hadir meriahkan acara Morning Morning Suria Belanja Makan di Lembah Klang pada 11 Mac 2023 (Sabtu) dan 12 Mac 2023 (Ahad) lalu untuk beramah mesra dan bergambar bersama penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Suraya dan Shuib.

Penyampai Morning-Morning Suria, Suraya Borhan, Shuib dan Ajak dikerumuni peminat stesen radio Suria FM di Warung Soto Kedai Basikal, Rantau Panjang yang menjadi salah satu antara lokasi program "Morning Morning Suria Belanja Makan"

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), “Morning Morning Suria kembali turun padang belanja makan para peminat yang merupakan satu inisiatif Suria FM untuk berkongsi rezeki bersama pendengar khususnya yang berada di kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah siri kedua Morning Morning Suria belanja makan pada kali ini masih mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat yang sudi hadir memeriahkan acara”

“Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama barisan penyampai Morning-Morning Suria juga berjaya menangi sebahagian RM 3,000 menerusi sesi soal jawab mudah bersama barisan penyampai. Tidak ketinggalan, pengunjung turut membeli Barangan Eksklusif Suria seperti lanyard, sticker, payung, T-shirt Suria FM dengan harga promosi sebagai tanda sokongan” tambah DJ Lin.


Morning-Morning Suria Belanja Makan edisi kedua ini telah berkunjung ke beberapa lokasi antaranya pada 11 Mac 2023, pengunjung berpeluang bersarapan bersama barisan penyampai di Warung Soto Kedai Basikal, Rantau Panjang, Klang dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Seterusnya, makan tengah hari di Dapur Che Lah yang bertempat di Shah Alam dari jam 12.00 tengah hari sehingga 2.30 petang.


GALERI

Program "Morning-Morning Suria Belanja Makan" terima sambutan lebih 500 peminat stesen radio Suria FM di empat lokasi program tersebut diadakan pada 11-12 Mac lalu.



Pada keesokan harinya pula, (12 Mac 2022) ‘Morning-Morning Suria’ belanja makan warga Lembah Klang di Sate 7 Pagi, Seri Kembangan dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Juga singgah di Asam Pedas London, Selayang dari jam 12.00 tengah hari sehingga 2.30 petang untuk menikmati makan tengahari di sana bersama peminat yang hadir.

“Terima kasih kepada semua penaja lokasi di atas kerjasama padu bagi merealisasikan Morning Morning Suria Belanja Makan Edisi Lembah Klang pada kali ini. Diharapkan, dengan kerjasama ini dapat memberikan impak yang baik sekaligus memperkenalkan restoran restoran tempatan kepada pendengar Suria FM”, ujar DJ Lin.

Selain itu, jangan lepaskan peluang menangi sebahagian RM 60,000 menerusi segmen Lagu Rosak Suria di Suria FM bermula 13 Mac 2023 sehingga 24 Mac 2023 dengan hanya meneka nama penyanyi dan tajuk lagu dalam durasi 10 saat.


Dengarkan klip lagu yang telah dirosakkan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam menerusi segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Setelah mendengar isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama penuh, no. kad pengenalan, alamat e-mel juga tanda pagar #LaguRosakSuria ke talian WhatsApp 017-8961053.


Penghantar WhatsApp ke-5 akan dihubungi oleh penyampai Suria dan anda harus memberikan nama penyanyi dan tajuk lagu yang betul dalam masa 10 saat.


Wang tunai RM250 akan dimenangi untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya. Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus.



Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia


Ikuti Suria di frekuensi berikut:-

105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping |

96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan |

88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru




bottom of page