Program 'Ybea Suria Masuk Kampung' Santuni Warga Kepala Batas
top of page
  • Writer's pictureMYB

Program 'Ybea Suria Masuk Kampung' Santuni Warga Kepala Batas

Lokasi pertama program 'Ybea Suria Masuk Kampung' menerima sambutan hangat daripada penduduk Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu, 16 Mac. Majlis diserikan dengan kehadiran penyampai Suria FM, antaranya Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan, dan DJ Lin, bersama Yang Berhormat Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, ADUN Bertam, dan isterinya Datin Seri Ismailina Ismail.


Program 'Ybea Suria Masuk Kampung'
Sebahagian dari pendengar setia Suria FM yang terdiri dari warga Kepala Batas, Pulau Pinang yang hadir memeriahkan program 'Ybea Suria Masuk Kampung! yang berlansung Sabtu lalu

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) melahirkan rasa gembira dengan sambutan luar biasa pendengar setia Suria FM di wilayah utara terhadap program 'Ybea Suria Masuk Kampung' yang diadakan Sabtu lalu. Beliau berkata program itu mendapat sambutan yang hebat, dengan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan.


'Program 'Ybea Suria Masuk Kampung' di Kepala Batas mendapat sambutan hangat dan bersemangat daripada masyarakat. Majlis tersebut diisi dengan aktiviti menarik yang membawa kegembiraan dan kebersamaan di kalangan penduduk. Dari perhimpunan pagi hinggalah ke lawatan bazar Ramadan dan sesi berbuka puasa bersama, program ini berjaya memupuk semangat perpaduan dan kemesraan," jelas Dj Lin.


Program 'Ybae Suria Masuk Kampung'
Majlis penyerahan cek sumbangan Suria FM kepada ahli jawatan kuasa Masjid Al-Jamiul Badawi

Aktiviti-aktiviti tersebut termasuk perhimpunan masyarakat di Masjid Al-Jamiul Badawi, pengagihan 800 bekas bubur kanji di bazar Ramadan Kepala Batas, berbuka puasa bersama lebih 1000 hadirin, dan menunaikan solat terawih bersama-sama. Majlis diakhiri dengan sumbangan tunai bernilai RM 11,500 kepada Program 'Ybae Suria Masuk Kampung' dan penyampaian duit raya kepada semua hadirin.


Bagi pendengar Suria FM di selatan, lokasi program 'Ybea Suria Masuk Kampung' seterusnya ialah di Masjid Sungai Abong, Muar Johor pada hari Sabtu, 23 Mac 2024 . Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk bertemu Ajak dan Suria Wheels di Kembara Berkat Ramadan Aeon Mall di Aeon Kota Bharu, Kelantan pada hari yang sama. Aktiviti menarik seperti pengagihan bubur lambuk dan jalinan masyarakat menanti anda di sana!



"Dengan acara yang akan datang di Muar Johor dan Kota Bharu, pendengar Suria FM mempunyai lebih banyak peluang untuk berhubung dengan penyampai kegemaran mereka dan menyertai aktiviti yang menyeronokkan," sambung Dj Lin


Program 'Ybea Suria Masuk Kampung' terus memberi impak positif kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Melalui aktiviti yang menarik dan sumbangan bermakna, program ini membawa orang ramai bersama-sama dan menyebarkan kegembiraan dan positif.


bottom of page