top of page
  • Writer's pictureMYB

Promosi BBQ 'King of The Grill' Kembali di The Pearl Kuala Lumpur

Updated: Jan 26, 2022

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, The Pearl Kuala Lumpur kembali menganjurkan promosi bufet makan malam BBQ ' King of The Grill' yang begitu dinanti-nantikan.



Promosi buffet makan malam BBQ ' King of The Grill' tahun ini menawarkan pilihan hidangan tanpa had serba mewah seperti Tiram Segar Bersaiz Besar, Tiram Bakar Berkeju, Kambing Perap, Chicken Chop, Steak Daging Mini, Skewers pelbagai pilihan, makanan laut segar seperti Sotong, Udang, Kupang yang sedia untuk digril, serta lebih dari 50 pelbagai pilihan makanan , pemanis mulut dan kek serta minuman . Tidak lupa makanan bertemakan sambutan Tahun Baru Cina yang lazat dan mengasyikkan dalam suasana indah malam dari The Executive Lounge@23 berlatar belakangkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.


Promosi bufet makan malam BBQ ' King of The Grill' ditawarkan pada harga RM118++ untuk dewasa dan RM58++ untuk kanak-kanak (4-12 tahun). Diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10 malam, promosi ini akan berlansung selama sebulan dari 14 Januari sehingga 13 Februari 2022. Hidangan 'Yee Sang' percuma turut disediakan dengan setiap pembelian promosi bufet makan malam BBQ ' King of The Grill'.


The Pearl Kuala Lumpur turut mengadakan promosi penginapan bersempena Tahun Baru Cina bermula dari 20 Januari sehingga 18 Februari 2022 . Penginapan 2 hari 1 malam untuk bilik deluxe ditawarkan pada harga promosi RM198 (bersih). Tetamu juga akan dapat menikmati bufet makan malam BBQ ' King of The Grill' pada harga istimewa RM98++.




Orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 03-7983 1111 samb: 8945/ +6016-331 9375 atau melalui melalui emel di enquiry@pearl.com.my untuk membuat tempahan. Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat tempahan awal kerana tempat duduk yang ditawarkan adalah terhad.


Terletak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, The Pearl Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel kelas perniagaan ikonik di Jalan Kelang Lama yang menawarkan sebanyak 555 bilik penginapan yang selesa dengan tema moden kontemporari.


The Pearl Kuala Lumpur merupakan penerima Anugerah Jenama Halal Asia “HOTEL MESRA MUSLIM TERBAIK” untuk 2017 & 2019 dan baru-baru ini telah menerima pengiktirafan dan perkuan dalam Kategori “Emas” untuk Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim (MFAR) 2020 – 2022 oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) Malaysia.


Ikuti platform media sosial The Pearl Kuala Lumpur untuk mengetahui promosi penginapan serta F&B terkini yang ditawarkan.


Comments


bottom of page