Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman Bawakan Kembali Karnival VIKids Sempena Musim Cuti Persekolahan
top of page
  • Writer's pictureMYB

Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman Bawakan Kembali Karnival VIKids Sempena Musim Cuti Persekolahan

Adakah anda sedang mencari cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah anda? Jangan gusar kerana Karnival VIKids sedang berlansung dengan meriah di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya and Mesra Mall Kemaman! Acara mesra keluarga ini dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk hari membeli-belah, menjamu selera dan hiburan.


Karnival VIKids
Pusat beli belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang sedang berlangsung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024

Pusat beli belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang sedang berlangsung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024. Ruang “Centre Court” akan diserikan dengan karnival yang meriah yang dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah, menyediakan pelbagai permainan karnival yang menyeronokkan dan aktiviti kraf serta seni bina.


Karnival VIKids ialah acara yang mesti dikunjungi oleh keluarga yang ingin mencipta kenangan abadi semasa cuti sekolah. Dengan pelbagai aktiviti dan tarikan, terdapat sesuatu untuk dinikmati oleh semua orang. Daripada permainan dan bengkel interaktif hingga persembahan langsung dan penampilan istimewa oleh watak yang disayangi, karnival ini menawarkan hari penuh keterujaan dan keseronokan.


Salah satu kemuncak Karnival VIKids ialah kepelbagaian aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak menyertainya. Daripada stesen seni dan kraf hingga ke permainan mini dan pertandingan, tiada kekurangan pilihan hiburan. Kanak-kanak boleh mengeluarkan kreativiti dan imaginasi mereka sambil melibatkan diri dalam aktiviti 'hands-on' yang mendidik dan menyeronokkan.




  • Ganjaran menarik dengan "Shoppers Rewards Programme": Sebarang pembelian RM300 dan ke atas di kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak eksklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.


  • Aktiviti meriah untuk ahli VIKids dan keluarga: Ahli VIKids berpeluang untuk menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan, dan hadiah yang menarik.


  • Persembahan karnival menarik: Pada hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menarik seperti seni reka bentuk belon oleh badut, persembahan ‘juggler’, dan pertunjukan ahli silap mata.


Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd mengulas, “Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga.


Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami”.


Sementara itu, pusat beli belah Mesra Mall di Kemaman turut menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18 hingga 22 Februari 2024. Karnival yang telah berlansung selama 5 hari itu turut menampilkan kerjasama bersama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.


Antara aktiviti menarik yang dijadikan sebagai pengisian sepanjang karnival tersebut berlansung terdiri dari aktiviti berinteraksi dengan haiwan: Di "Sports Lobby", para keluarga akan berpeluang berinteraksi dengan haiwan melalui sesi memberi makan dan pertunjukan haiwan yang menarik.


Karnival VIKids
Bengkel kraf serta mewarna turut diadakan sebagai tarikan buat pengunjung yang hadir bersama anak kecil mereka

Selain itu terdapat juga aktiviti kreatif untuk ahli VIKids dimana ahli VIKids berpeluang menyertai bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga, dan bengkel membuat katak menggunakan kertas serta pertandingan mewarna yang telah berlansung pada 22 Februari lalu , terbuka untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dengan menawarkan hadiah menarik serta peluang memenangi hamper eksklusif.


Untuk info lanjut, layari:

bottom of page