Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso telah mengadakan majlis perasmian secara besar-besaran bersempena dengan pembukaan ‘Pink Store’ mereka yang pertama di Pavilion Bukit Jalil semalam.
Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ye Guo Fu, Miniso telah menyaksikan perkembangan pesat sejak penubuhannya pada 2013, kini mempunyai lebih 4,200 cawangan di 80 negara termasuk Malaysia.
Berkeluasan 3,700 kaki persegi, lokasi Pavilion Bukit Jalil menandakan satu peristiwa penting buat jenama itu sebagai 'Kedai Merah Jambu' pertama mereka, dengan mengaplikasikan konsep yang diilhamkan dari kolaborasi Miniso dengan jenama popular keluaran Mattel, Barbie.
Menurut Pengurus Besar Miniso Malaysia, Jerry Goong, sebagai jenama kedai barangan kehidupan paling trendy masa kini, tujuan Miniso adalah “Life is for Fun”, yang menggalakkan 'Falsafah Kegembiraan'.
"Dengan pelbagai produk IP baru yang trendy dan suasana dalam kedai yang meriah, ia menggambarkan falsafah kegembiraan Miniso dan akan mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan bagi pembeli di Malaysia," ujar Jerry.
Setiap produk yang dihasilkan oleh Miniso mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan orang ramai dan menawarkan kejutan serta keseronokan kepada pelanggan. Reka bentuk yang estetika, kualiti dan kemampuan adalah teras bagi setiap produk dalam portfolio produknya yang luas, Miniso terus mengeluarkan produk yang berkualiti ini secara kerap.
Antara produk yang ditampilkan di 'Pink Store' terdiri dari siri jenama terkenal seperti BT21, Minions, Pokemon, Disney, Barbie serta Plush Dun Dun Chicken. Turut ditawarkan barisan produk kecantikan dari jenama terkenal seperti Skintific, Y.O.U, Dazzle, BNB, Wardah, IN2IT, Into You, KissMe, 16 Brand, BBIA, Dododots, Bone Idol Beauty dan banyak lagi.
Sementara itu, Siri “Blind Box” Miniso yang popular di seluruh dunia, bukan sahaja mencipta kejutan untuk pengguna tetapi juga memberi mereka rasa gembira dan pencapaian yang membanggakan.
Sempena dengan majlis tersebut, Miniso yang terkenal dengan produk gaya hidup yang berkualiti tinggi dan mampu milik, turut menawarkan diskaun harga serta promosi eksklusif kepada setiap pelanggan yang hadir.
Acara perasmian pembukaan Miniso 'Pink Store', turut menampilkan kehadiran pempengaruh media sosial Fiqrie, pengacara popular Fiza Frizzy dan persembahan DJ oleh Suicide J, serta persembahan tarian singa berwarna merah jambu. Pengunjung yang hadir turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah percuma, termasuk popcorn, gula-gula, belon dan baucar tunai.
Comments