top of page
  • Writer's pictureMYB

Restoran Pak John Tawar Bukan Sekadar Steamboat, Dim Sum & BBQ

Pernahkah anda menginginkan pengalaman kulinari yang bukan sahaja memikat selera anda tetapi juga menawarkan pelbagai pilihan untuk dipilih? Tidak perlu melihat lebih jauh daripada Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ (Pak John), kerana disini pelbagai sajian moden yang lazat mampu memenuhi selera setiap pelanggan yang datang.


Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ
Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ Cawangan Shah Alam telah beroperasi sejak September 2022 menawarkan lebih dari 120 jenis menu lazat pilihan rakyat Malaysia

Ditubuhkan pada 2015, Restoran Pak John Steamboat & BBQ telah merevolusikan cara menjamu selera dengan menawarkan konsep unik yang menggabungkan 'steamboat' atau 'hotpot' dan barbeku dalam satu pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.


Dengan enam cawangan yang terletak di pusat membeli-belah terkemuka di seluruh Malaysia, termasuk Great Eastern Mall, IOI City Mall, Tropicana Gardens Mall, Suria KLCC, Aeon Kota Bharu dan Aeon Mall Shah Alam, Pak John telah menjadi sebuah jenama terkenal dikalangan penggemar makanan steamboat, dim sum dan barbeku di Malaysia.


Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ
Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ turut menawarkan pilihan daging hirisan premium terdiri daripada ayam, itik salai, abalon serta shabu-shabu lembu dan kambing.

Pak John menyediakan pelbagai pilihan menu untuk pelanggannya, dengan lebih daripada 120 pilihan tersedia. Untuk 'Steamboat', pelanggan boleh memilih daripada lima jenis sup 'home made' yang berbeza, seperti sup berperisa tom yam, ayam, ikan, udang, dan kimchi, digandingkankan dengan pilihan ayam, daging lembu, atau makanan laut dalam pelbagai jenis perapan, serta sayur-sayuran segar, dan pilihan sos pencicah yang disediakan secara 'home made', menjamin selera setiap pelanggan dipenuhi.



Setiap hidangan set 'steamboat' dan gril didatangkan dengan dua pilihan sup, memastikan pelanggan dapat menikmati rasa yang berbeza semasa menjamu selera. Di samping itu, pelbagai jenis hidangan seperti hidangan panas, masakan bergoreng, surimi, mi, pencuci mulut, dim sum, sushi dan banyak lagi tersedia untuk dinikmati oleh pelanggan. Selain itu, Pak John turut menawarkan pilihan daging hirisan premium termasuk ayam, daging lembu, kambing, itik salai dan abalon.


Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ
Lima pilihan sup berperisa Udang, Ayam, Tom Yum, Ikan dan Kim Chi ditawarkan untuk set Steamboat

Pak John kerap menawarkan promosi istimewa untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, termasuk yang terkini, tawaran "Beli 6 Percuma 1" serta diskaun harga makan tengah hari untuk pelajar. Promosi ini bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman menjamu selera yang lebih menyeronokkan sepanjang tahun.


Pak John telah dianugerahkan pensijilan halal JAKIM pada 5 Januari 2015, menjadikannya sebagai tempat makan yang ideal untuk pelanggan Islam. Sijil Penilaian Kebersihan Premis Makanan Gred A seterusnya menunjukkan dedikasi restoran untuk mengekalkan persekitaran tempat makan yang bersih dan selamat untuk semua tetamu.


Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ
Senarai harga dan promosi di Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ

Sama ada anda ingin meraikan hari lahir, menganjurkan acara atau menikmati hidangan lazat bersama keluarga dan rakan-rakan, Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ menawarkan pilihan tempat makan yang luar biasa. Pilihan menu yang pelbagai, pensijilan halal dan dedikasi terhadap kebersihan memastikan pengalaman menjamu selera tanpa rasa ragu. Lawati Pak John untuk pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.



Commentaires


bottom of page