top of page
Writer's pictureMYB

Richworks Aktif Bantu Usahawan SME

Richworks sekali lagi bergerak membantu para usahawan terutamanya dari saiz perniagaan kecil dan sederhana (SME) merancakkan perniagaan.


Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, inisiatif membantu para usahawan itu diterjemahkan melalui program Siri SokonganJelajah Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) – Bina Perniagaan & Kewangan Berjaya yang bakal bermula Oktober ini.


"Program jelajah ini akan diadakan secara percuma di beberapa buah negeri antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.


"Kami juga berhasrat bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri bagi meluaskan program ini ke negeri Sabah dan Sarawak jika ada permintaan disana.



Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Beliau yang berpengalaman selama 16 tahun dalam melatih dan membimbing usahawan telah berjaya meningkatkan hampir 3500 perniagaan dengan peningkatan dan lonjakan hampir 300%.


"Kira-kira 90 peratus usahawan yang ditemui RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak berjaya mencapai kewangan lebih baik melalui perniagaan yang dijalankan.


“Niat asal mereka berniaga sebab nak ada kewangan, jualan dan keuntungan lebih baik untuk bantu keluarga mencapai impian, tapi, semua itu tak kesampaian bila mereka berdepan pelbagai cabaran dari segi kewangan, persaingan, dengan kenaikan kos dan tiada ilmu bagaimana mengatasinya.


"Disinilah peranan kami dalam memberi solusi,” katanya dalam sidang media disini pagi ini.


Tambahnya, perniagaan dan pemasaran tempatan pada masa kini berdepan cabaran gelombang China dimana pengilang dari negara tersebut terus menjual kepada pelanggan (direct to consumer) dengan harga lebih murah.


"Faktor gelombang China ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada para usahawan kecil tempatan, dan oleh itu kita adakan siri jelajah ini bagi membantu mereka disamping memberi idea sebagai nilai tambah dalam meningkatkan dan menghidupkan kembali perniagaan mereka" ujarnya lagi.


Turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya dan Ketua Pegawai Bimbingan dan Mentoran, Hafiz Jasmi. Sidang media dihoskan oleh Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd.


Tambah Azizan, RichWorks percaya berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, kami mampu bantu lebih ramai usahawan untuk mendapatkan kekuatan semula.


“Bina SME ini untuk usahawan yang merupakan pembuat keputusan dengan bisnes yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi enam bulan ke atas.


“Kami nak usahawan terlibat bangkit untuk hadapi persaingan dari situasi mencabar tempoh ini supaya dapat kewangan yang lebih baik.


“Dalam masa panjang, untuk mereka capai impian tetapi sekurang-kurangnya masa ini boleh bangkit dengan cepat,” jelasnya.


Dalam pada itu, Azizan memberitahu, bisnes kini tak mudah dan 2025 dijangka lebih besar cabaran menanti usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


“Jadi dengan berbaki 4 bulan saja tahun ini, RichWorks nak bantu usahawan-usahawan PKS yang serius dan komited untuk harungi cabaran masa ini,” ujarnya.


Beliau turut berkongsi sasarannya membantu 10,000 perniagaan kecil dan sederhana (SME) menjelang akhir tahun ini.




Untuk maklumat lanjut, para usahawan boleh layari laman web www.binasme.com.




0 comments

Comments


bottom of page