Sajian Istimewa Rendang Wagyu A5 di Aburii TTDI Sempena Ramadan
top of page
  • Writer's pictureMYB

Sajian Istimewa Rendang Wagyu A5 di Aburii TTDI Sempena Ramadan


Aburii TTDI
Aburii TTDI terletak di No.5, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Selami seni gastronomi Jepun di Aburii, tempat tradisi bertemu dengan inovasi. Restoran Aburii di TTDI, Kuala Lumpur, bukanlah restoran Jepun yang biasa seperti kebanyakan premis makanan Jepun yang terdapat di Lembah Kelang .


Diasaskan oleh Encik Lin Chi Wong dan rakan kongsinya, restoran mewah ini menawarkan gabungan unik sushi 'Omakase' kontemporari dan pengalaman santapan ala fine dining Wagyu 'Yakiniku' menjadikannya sebagai satu destinasi gastro yang mesti dilawati bagi penggemar masakan Jepun.


Perkataan 'Omakase' merupakan istilah kulinari Jepun yang merujuk kepada pengalaman menjamu selera yang melibatkan kepercayaan seseorang terhadap kemahiran masakan chef untuk mencipta hidangan peribadi. Sementara 'Yakiniku' pula dirujuk sebagai hidangan daging bakar. Dalam erti kata yang luas ia merujuk kepada budaya menikmati masakan daging panggang.


Aburii TTDI
Aburii TTDI menawarkan beberapa bilik atau ruang makan yang dihias mengikut tema tersendiri yang boleh mengisi mengikut bilangan tetamu pada satu satu masa

Melangkah masuk ke restoran ini, tetamu bakal disambut musang samurai bercahaya neon berjaga-jaga, mengatur pentas untuk perjalanan masakan yang tidak dapat dilupakan. Restoran ini menawarkan beberapa bilik, setiap satu menawarkan pengalaman menjamu selera yang berbeza.


Dengan pengalaman berdekad-dekad dalam menikmati masakan Jepun, Encik Lin Chi dan pasukannya telah memilih pengalaman menjamu selera yang tiada tandingan di Aburii. Kemuncak menu mereka ialah Wagyu A5 yang diimport dari Wilyah Miyazaki, sebuah wilayah yang terletak di bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun yang begitu terkenal kerana menghasilkan beberapa jenis daging lembu Wagyu yang terbaik di dunia.


Aburii TTDI
Ketua Cef Aburii TTDI, Cef Zeniq Chiam dan pengasas Aburii TTDI, Encik Lin Chi Wong

Setiap potongan Wagyu yang dihidangkan di Aburii TTDI merangkumi kemuncak kualiti dan rasa, mencerminkan komitmen pemilik terhadap kecemerlangan. Bekalan daging Miyazaki A5 Wagyu yang diperakui halal, diimport setiap dua minggu, memastikan bahawa hanya potongan terbaik disediakan kepada pelanggan.


Di Aburii TTDI, tetamu boleh menikmati pengalaman Wagyu Yakiniku yang diketuai oleh Chef Zeniq Chiam. Kerusi kaunter yang tinggi menyediakan pengalaman makan yang dekat dan peribadi, di mana pelanggan boleh menikmati hidangan yang disediakan dengan teliti.


Bersempena Ramadan ini, Aburii telah memperkenalkan Kombo Ramadan yang menampilkan hidangan tempatan istimewa ke dalam menunya, termasuk rendang daging lembu Wagyu Jepun A5 yang popular. Gabungan rasa yang unik rempah ratus dan tekstur cair daging didalam mulut menjadikan hidangan ini begitu istimewa . Ia adalah gabungan sempurna masakan Jepun dan tradisi gastronomi Malaysia.


Aburii TTDI
Kombo Ramadan Aburii TTDI disediakan untuk 4 tetamu berharga RM 388

Set Kombo Ramadan ini mengandungi potongan campuran Daging Wagyu A5 (300g), Udang Harimau Asam, Ayam 'Mentai Roll', Rendang Wagyu A5 (200g) bersama Nasi Kukus Jepun, Tempura Sayuran Campur, Gyoza Wagyu A5, Sup Urat Keting Wagyu A5 berserta Sirap Bandung dan pencuci mulut. Set Kombo Ramadan disediakan untuk 4 orang dan berharga RM388. Promosi Kombo Ramadan akan berlansung sehingga akhir April 2024.


Selain itu, Aburii TTDI turut menyediakan dua menu kombo Wagyu seperti kombo Shibuya 400g dan kombo Ginza 600g, A5 Wagyu gyoza, Foie Gras Unagi Tempura dan Ayam Goreng Arang. Hidangan ini mempamerkan komitmen restoran untuk menawarkan pengalaman gastro yang pelbagai dan tidak dapat dilupakan.


Aburii TTDI terletak di No.5, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beroperasi setiap Selasa hingga Ahad (Selasa - Ahad, 6 petang - 11 malam /Sabtu - Ahad, 12 tengahari - 2:30 petang, 6 petang- 11 malam. Ikuti Aburii TTDI di platform media sosial dan laman sesawang untuk maklumat lanjut serta promosi.

bottom of page